Nahas lima kenderaan, tiga maut

Nahas lima kenderaan, tiga maut

Kluang: Tiga sekeluarga maut , seorang parah manakala empat lain selamat dalam kemalangan di Kilometer 70.4 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan di sini, 6.35 pagi, hari ini.

Kemalangan membabitkan Perodua Myvi, Toyota Corolla, motosikal jenis Honda RSX150, Toyota Hiace dan treler Volvo.

Komander Operasi yang Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Renggam, Abd Rahim Razali berkata, Toyota Corolla merempuh belakang treler yang sedang memperlahankan kelajuan kerana ternampak kemalangan di hadapannya membabitkan Perodua Myvi, van dan dua motosikal.



“Mangsa maut dipercayai sekeluarga iaitu lelaki masing-masing berusia 71, 22 dan 18 tahun manakala seorang lagi wanita berusia 40-an parah,” katanya.

Beliau berkata, mereka dipercayai dalam perjalanan dari Melaka ke Johor.

“Sebelum kemalangan maut itu berlaku, Perodua Myvi cuba mengelak lopak air sebelum berpusing dalam hujan lebat.

“Kemudian, sebuah van gagal mengelak Perodua Myvi sebelum merempuhnya disusuli sebuah motosikal yang juga gagal mengelak dan merempuh Perodua Myvi yang sama, manakala sebuah lagi motosikal terselamat kerana sempat mengelak.



“Pemandu Perodua Myvi cedera, manakala van dan penunggang motosikal selamat,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, pegawai perubatan KKM mengesahkan tiga mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

“Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Renggam dan Ayer Hitam menjalankan operasi di tempat kejadian,” katanya. HM

Nahas lima kenderaan, tiga maut




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin

Majlis Peguam ‘kurang ajar’ – Zaid

Melur Untuk Firdaus kembali untuk musim ke-2, netizen tak setuju

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker