‘Saya Tak Setuju Tindakan Kafir-Mengkafir, Termasuk Kenyataan Tun Mahathir’ – Anwar
‘Saya Tak Setuju Tindakan Kafir-Mengkafir, Termasuk Kenyataan Tun Mahathir’ – Anwar
Ketua Pembangkang yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau tidak bersetuju dengan tindakan parti-parti politik serta sesetengah pemimpin termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad dalam soal mengkafirkan pihak lain.
Jelas Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu juga, tindakan itu hanya mengundang kacau-bilau dan bukan tradisi serta budaya Islam.
“Tun Mahathir pun sambut, kata parti ini kafir… Ini apa benda ni di Malaysia ni? ABIM dari awal apabila timbul soal kafir atau mengelirukan, timbul isu dua imam, dua masjid, dua khabilah… dari awal ABIM mendepani isu ini,” jelasnya.
Tambah Anwar, bahkan Allahyarham Ustaz Fadzil Mohd Noor yang juga Timbalan Presiden Pas pernah menolak tindakan kafir-mengkafir sesama Islam.
“Menariknya Almarhum Sheikh Fadzil Mohd Noor yang juga Timbalan Presiden menolak kafir-mengkafir sesama Islam.
“Saya tidak setuju andaian menyinggung kafir oleh pimpinan Pas, saya juga tidak setuju cara Tun Mahathir menjawab mengkafir pada yang lain. Ini bukan tradisi dan budaya Islam dan tidak boleh dipertahankan,” katanya lagi.
Turut dipersoal Anwar, reaksi serta teguran daripada agamawan terhadap pihak terbabit yang dilihat sepi.
“Mana Mufti, mana Majlis Agama? Tidak boleh tegur ke bab ini? Budaya mengkafir ini sangat dibantah ulama-ulama,” katanya lagi.
PKR harus bantah
Sementara itu, Anwar turut menjelaskan bahawa PKR tidak akan melayan sikap berkenaan, malah akan membantahnya sekiranya dilakukan mana-mana pihak.
“Pandangan kita jelas… hentikan naratif merosakkan tumpu pada dasar dan jangan serangan soal itu kerana ia menimbulkan keadaan kacau-bilau yang tidak mungkin kita kawal.
“Saya punya pendirian, kita bagi arahan kepada PKR jangan layan. Bahkan, harus bantah sikap tidak jelas atau memberi pandangan ke arah itu tidak sihat sama sekali,” tegasnya lagi.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Majlis Muktamar Sanawi ke-51 Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) di Kajang pada Sabtu.
Pada Jumaat, Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Pas kini adalah parti kafir berikutan tindakannya untuk bekerjasama dengan UMNO dan parti bukan Islam demi kedudukan.
Jelas Dr Mahathir, sehingga kini Pas tidak menarik balik dakwaan yang dibuat terhadap UMNO suatu ketika dulu bahawa parti itu adalah kafir.
Justeru dengan kerjasama Pas dan UMNO ujarnya lagi, menggambarkan Pas bukan lagi parti Islam. AA
‘Saya Tak Setuju Tindakan Kafir-Mengkafir, Termasuk Kenyataan Tun Mahathir’ – Anwar
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Farah Diba tak berkahwin, Aman Shah satu-satunya lelaki dicintai
- Ejen kosmetik diculik kerana perselisihan sindiket dadah
- Ramai pemimpin PH tak beriman, tak bermoral – Hadi
- Samy Vellu meninggalkan kata-kata yang tetap abadi di kalangan rakyat Malaysia
- ‘Sampai bila mahu hidup dengan babi?’
- Yana Najib kena maki dengan kakitangan KKM
- Putera William warisi harta pusaka berusia 685 tahun bernilai £1 bilion
- Anna Jobling jadi jahat rebut Meerqeen
- Sanusi sindir lagi, pemain import kami reti cakap Kedah
- Raja Charles III naik darah dakwat pen bocor terkena tangan
- Polis wanita miliki punggung mirip Kim Kardashian buat ramati teruja [VIDEO]
- Saya bukan kurang ajar – Rosyam
- Keadaan kesihatan Najib umpama `bom jangka’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin
You must be logged in to post a comment.