19 inisiatif dilaksanakan Kerajaan Perpaduan dalam tempoh 7 bulan

Bantuan untuk ekonomi rakyat

19 inisiatif dilaksanakan Kerajaan Perpaduan dalam tempoh 7 bulan

Kerajaan Perpaduan sudah melaksanakan sekurang-kurangnya 19 inisiatif untuk membantu mengurangkan beban ekonomi rakyat, hanya dalam tempoh tujuh bulan pentadbirannya.

Menerusi satu video khas siri pertama laporan pencapaian Kerajaan Perpaduan, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, merangkumkan inisiatif berkenaan, membabitkan pengenalan beberapa inisiatif dan bantuan baharu serta menaikkan kadar bantuan sedia ada.



Daripada 19 inisiatif yang sudah dilaksanakan, sembilan daripadanya membabitkan peningkatan kadar bantuan sedia ada yang memanfaatkan pelajar, anak muda, golongan berpendapatan rendah, guru Kelas Agama dan Fardu Ain, penjawat awam, pesara kerajaan dan pekebun.

Menurut Fahmi, ia merangkumi kenaikan elaun sara hidup pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada RM1,100 sebulan; Bantuan Awal Persekolahan menjadi RM150; e-dompet (RM200) serta Sumbangan Tunai Rahmah yang diberi sehingga RM2,500, berbanding RM1,800 bagi Bantuan Prihatin Rakyat sebelum ini.

Selain itu, katanya, elaun 35,000 guru Kelas Al-Quran & Fardu Ain (KAFA) dinaikkan kepada RM1,100 sebulan, dan kepada sumbangan imam, bilal, tok siak, noja, marbut, guru KAFA dan guru takmir naik kepada RM600.

Bantuan Aidilfitri kepada penjawat awam dan pesara kerajaan turut dinaikkan, masing-masing kepada RM700 dan RM250, manakala bantuan musim tengkujuh kepada pekebun meningkat kepada RM800 berbanding RM600 sebelum ini.



Pada masa sama, Kerajaan Perpaduan turut memperkenalkan tiga bantuan baharu, iaitu Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM200 kepada pesawah, nelayan dan pekebun; selain buat kali pertama pesawah mendapat sumbangan tambahan RM250 hasil agihan sumbangan syarikat Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) berjumlah RM60 juta.

“Sebelum ini, keuntungan BERNAS hanya untuk BERNAS namun kini di bawah Kerajaan Perpaduan, 30 peratus keuntungan BERNAS diberi terus kepada pesawah, tidak termasuk bantuan bulanan RM250 sebulan selama tiga bulan, serta subsidi dan insentif harga padi, baja padi, dan padi huma,” katanya.

Fahmi berkata, tiga inisiatif penurunan harga atau perkhidmatan percuma kepada rakyat turut dilaksanakan, antaranya harga internet jalur lebar serendah RM69 kepada B40 menerusi Pakej Perpaduan; rawatan percuma di klinik swasta terpilih; perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) percuma kepada pelajar dan orang kurang upaya (OKU); permohonan kemasukan ke universiti menerusi UPUOnline percuma.

Selain itu, katanya, tiga inisiatif baharu diperkenalkan bagi menurunkan harga barang, iaitu Menu Rahmah dengan harga makanan siap serendah RM5; Insurans dan Takaful Rahmah serendah RM5 sebulan; Jualan Madani dengan diskaun sehingga 30 peratus bagi barangan mentah.



Pada masa sama, katanya, seramai 130,000 rakyat yang muflis diberi peluang kedua apabila mereka dibebaskan daripada status muflis.

“Itu antara inisiatif Kerajaan Perpaduan yang berjaya dicapai hanya dalam tujuh bulan pertama pentadbiran.

“Insya-Allah, Kerajaan Perpaduan akan terus memastikan rakyat Malaysia mendapat lebih banyak manfaat menerusi insiatif yang bakal diumumkan kelak,” katanya. BH

19 inisiatif dilaksanakan Kerajaan Perpaduan dalam tempoh 7 bulan



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Noh Salleh buka mulut selepas Mizz Nina kahwin lain



Ramai bimbang Alif Satar berguru dengan dua agamawan ini

Zul Ariffin jadi Mutawif? (Video)



Cebisan mayat berselerak

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker