Pemuda UMNO, BN sokong PM, tolak usaha pecah belahkan parti
Ismail Sabri bersama Ahmad Zahid ketika hadir pada Majlis Pelancaran Jentera Pemuda BN
Pemuda UMNO, BN sokong PM, tolak usaha pecah belahkan parti
Suara akar umbi anak muda daripada Pergerakan Pemuda UMNO dan Barisan Nasional (BN) tampil menyatakan sokongan terhadap kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dalam meneruskan kesinambungan usaha mentadbir negara.
Wakil suara sokongan itu dinyatakan Naib Ketua Pemuda UMNO Selangor, Amin Mohd Shukor, yang yakin usaha dilaksanakan Perdana Menteri kini perlu diteruskan demi kepentingan rakyat.
Katanya, harapan mereka gandingan antara Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diharap dapat melahirkan satu inisiatif dan kerangka yang terbaik khususnya dalam menuju kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
“Kita menolak sebarang tindakan mengadu domba atau usaha jahat yang cuba memecahbelahkan UMNO dan BN untuk berdepan PRU-15 kelak.
“Pertamanya, kita menyatakan sokongan 100 peratus kepada Perdana Menteri dan Keluarga Malaysia untuk meneruskan kesinambungan yang ada, selain percaya dan yakin usaha dibuat kerajaan adalah yang terbaik untuk rakyat dan perlu diteruskan,” katanya pada pelancaran jentera Pemuda BN di Stadium Titiwangsa, di sini.
Amin berkata, pada masa sama sokongan sama turut dizahirkan kepada kepemimpinan Ahmad Zahid.
“Peranan Ahmad Zahid dan Perdana Menteri dalam membentuk pasukan adalah penting sebagai peneraju dalam melaksanakan inisiatif dan naratif terbaik buat rakyat.
“Pasukan kita kena kuat kerana yang utama pada hari ini adalah kepentingan rakyat. Kita menolak sebarang usaha yang boleh memecahkan, mengakibatkan keretakan dan mengganggu keharmonian atau tindakan mengadu domba oleh mana-mana pihak dan juga entiti terhadap parti.
“Paling penting sekarang kita perlu tahu mengenai apa yang boleh dan tidak boleh dan perlu terus harmoni,” katanya. BH
Pemuda UMNO, BN sokong PM, tolak usaha pecah belahkan parti
Baca Artikel Menarik:
- Farah Diba tak berkahwin, Aman Shah satu-satunya lelaki dicintai
- Ejen kosmetik diculik kerana perselisihan sindiket dadah
- Ramai pemimpin PH tak beriman, tak bermoral – Hadi
- Samy Vellu meninggalkan kata-kata yang tetap abadi di kalangan rakyat Malaysia
- ‘Sampai bila mahu hidup dengan babi?’
- Yana Najib kena maki dengan kakitangan KKM
- Putera William warisi harta pusaka berusia 685 tahun bernilai £1 bilion
- Anna Jobling jadi jahat rebut Meerqeen
- Sanusi sindir lagi, pemain import kami reti cakap Kedah
- Raja Charles III naik darah dakwat pen bocor terkena tangan
- Polis wanita miliki punggung mirip Kim Kardashian buat ramati teruja [VIDEO]
- Saya bukan kurang ajar – Rosyam
- Keadaan kesihatan Najib umpama `bom jangka’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin
Melur Untuk Firdaus kembali untuk musim ke-2, netizen tak setuju
You must be logged in to post a comment.