Mahathir pun sama – Takiyuddin

Mahathir pun sama – Takiyuddin

Semua parti politik termasuk PAS menyertai pilihan raya untuk mendapatkan kuasa dan seterusnya berkhidmat kepada rakyat.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata bekas Perdana Menteri dua kali, Tun Dr Mahathir Mohamad, tidak sewajarnya terus terkeliru dengan konsep perjuangan PAS hingga melabelkannya sebagai kafir.



“PAS pun mahu kuasa. Kalau masuk pilihan raya untuk kalah, itu tidak betul dan jika saja-saja mahu masuk pilihan raya tetapi tidak mahu menang, itu seperti tidak begitu waras.

“Sasaran kita ialah membentuk kerajaan baik di negeri mahu pun Persekutuan, secara kumpulan kita (PAS) sahaja atau berkongsi kuasa, maka ini penting buat kita.

“Apa yang pentingnya adalah mewujudkan kestabilan dalam negara dan ini memerlukan kuasa politik,” katanya kepada pemberita selepas Karnival Jualan Murah ‘Kota Bharu Prihatin’ di sini, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Tenaga dan Sumber Asli berkata, PAS menghormati Dr Mahathir atas kedudukannya sebagai pemimpin berwawasan dan banyak membangunkan negara.



Takiyuddin berkata, Dr Mahathir pernah dilapor menyifatkan PAS lebih ‘bahaya daripada komunis’ dan membidas PAS mengkafirkan pihak lain, namun kini beliau bagai melakukan perkara sama.

“Beliau mengatakan PAS hanya mementingkan kuasa. Saya ingin tanya Dr Mahathir apakah beliau mahukan kuasa jika berpeluang menjadi Perdana Menteri buat kali ketiga,” katanya.

Semalam, Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), mendakwa PAS sebagai parti kafir berikutan bekerjasama dengan UMNO dan parti bukan Islam demi memperoleh kedudukan.

Dalam perkembangan lain, Takiyuddin berkata, isu penggunaan logo PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) masih dibincang.



“Cadangan berkenaan sedang dipertimbangkan manakala Perikatan Nasional (PN) juga tidak menghalang penggunaan logo itu.

“Penggunaan logo adalah antara strategi politik dan kalau satu strategi itu boleh memenangkan kita, kita gunakan,” katanya. BH

Mahathir pun sama – Takiyuddin


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin

Majlis Peguam ‘kurang ajar’ – Zaid



Melur Untuk Firdaus kembali untuk musim ke-2, netizen tak setuju



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker