Mesyuarat Khas MT UMNO 30 September

Mesyuarat Khas MT UMNO 30 September

Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi UMNO yang akan diadakan 30 September ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, penangguhan itu bagi memberi laluan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terlibat dengan perasmian Sukan Malaysia (Sukma).



Bagaimanapun, beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian itu tidak memperincikan agenda mesyuarat khas tersebut.

“Tarikh baharu mesyuarat adalah pada Jumaat 30 Sept pukul 8 malam yang merupakan mesyuarat penuh MKT UMNO.

“Dimaklumkan juga bahawa pimpinan UMNO dijemput untuk menghadiri pelancaran Jentera Pemuda Barisan Nasional Malaysia yang bermula pukul 2 petang, hari Sabtu 17 September di Stadium Titiwangsa Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kelmarin, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO berkata, perjumpaan ‘Top Five’ UMNO untuk membincangkan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sebelum pembentangan Bajet 2023 yang dijangka esok ditangguhkan. Utusan



Mesyuarat Khas MT UMNO 30 September


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin



Majlis Peguam ‘kurang ajar’ – Zaid

Melur Untuk Firdaus kembali untuk musim ke-2, netizen tak setuju



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker