Laungan bubar dan tepukan bergema apabila PM umum PRU-15 semakin hampir

 

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membayangkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan diadakan dalam masa terdekat.

Tanpa menyebut tarikh sebenar, beliau hanya memaklumkan ‘sedikit lagi, tidak lama lagi’.

“Bila tarikh tarikhnya? Saya dan Presiden akan bincang. Sikit lagi, tidak lama lagi.

“Di hadapan pemimpin BN termasuk top 5, kita kena bincang-bincang cepat setelah melihat semangat semua Pemuda BN hari ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pemuda Barisan Nasional (BN) di Stadium Titiwangsa di sini hari ini.

Ucapan itu sekali gus menerima teriakan dan tepukan 10,380 Pemuda BN yang memenuhi dewan tersebut yang menyebut ‘bubar, bubar’ yang merujuk pembubaran Parlimen ke-14.

Namun, Ismail Sabri menjelaskan, paling penting adalah kemenangan BN pada PRU15 kerana tanpanya, parti boleh mengulangi situasi PRU14 di mana tewas di tangan parti pembangkang.

Justeru, beliau menggesa seluruh jentera BN termasuk Pemuda BN untuk mendekati pengundi muda di samping menjuarai media sosial.

“Kelemahan PRU14, kita tidak mampu menjawab tohmahan pembangkang, hari ini mereka memfitnah kita dan kerajaan, jika gagal lagi, kita terima padah dan kesannya besar. Jadi Pemuda mesti menguasai peperangan maya.

“Kita turut menyaksikan pertambahan pengundi muda. Tetapi, sejauh mana engagement kita dengan mereka? Berapa ramai kita jumpa pelajar tingkatan enam? Berapa ramai kita pelajar universiti,” soalnya.

Ismail Sabri menambah, kerajaan mengumumkan pelbagai inisiatif untuk golongan muda dan Pemuda BN harus menerangkan perkara itu khususnya dalam media sosial.

“Jelas di mata saya Pemuda BN telah bangkit semula. Saya percaya tiada sesiapa boleh menyekat kebangkitan Pemuda.

“Saya yakin kalau kita bersetuju untuk bubar Parlimen, kita BN Insya-Allah menang PRU15,” katanya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin

Majlis Peguam ‘kurang ajar’ – Zaid

Melur Untuk Firdaus kembali untuk musim ke-2, netizen tak setuju

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker