Isu PAS parti kafir, Dewan Pemuda PAS malas layan Mahathir

PASIR MAS : Dewan Pemuda Pas Malaysia beranggapan pihaknya tidak perlu memberikan respon secara berlebih-lebihan kepada Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Tun Dr. Mahathir Mohamad yang melabelkan Pas sebagai kafir.

Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, kenyataan itu dilihat sudah tidak relevan hari ini dan 90 peratus rakyat bijak dalam membuat penilaian.

Menurutnya, rakyat hari ini lebih berminat untuk mengetahui parti mana yang boleh mendatangkan polisi yang baik untuk menjamin kehidupan mereka.

“Isu sekarang ini bagaimana rakyat nak survive, nak makan, rumah  mereka nak bayar tiap-tiap bulan.

“Tetapi, kalau kita bawa balik isu kafir-mengkafir ini ia tidak sihat untuk negara kita pada hari ini,” katanya kepada pemberita pada program Pertunjukan Biri-biri  Domba Garut di Tendong hari ini.

Media semalam melaporkan, Dr. Mahathir mendakwa Pas kini adalah parti kafir berikutan tindakannya bekerjasama dengan UMNO dan parti bukan Islam demi memperoleh kedudukan.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu bagaimanapun tetap menghormati Dr. Mahathir dan menganggap itu lontaran pandangannya sebagai orang lama dalam politik.

Katanya, Pemuda Pas mendengar apa yang disebut oleh Dr. Mahathir dan menyifatkan bukan masa untuk memberikan respon secara berlebihan.

Dalam perkembangan lain katanya, Pemuda Pas Malaysia bersiap sedia menghadapi Pilihanraya Umum ke-15 (PRU-15) dan akan adakan perlancaran jentera Pemuda Pas Malaysia pada 1 Oktober ini di Besut Terengganu

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin

Majlis Peguam ‘kurang ajar’ – Zaid

Melur Untuk Firdaus kembali untuk musim ke-2, netizen tak setuju

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker