GTA kata Mahathir perlu jadi PM kali ke-3, rakyat kata jangan buat gila!

 

Dr Mahathir Mohamad akan ditampilkan sebagai calon perdana menteri buat kali terakhir mewakili Gerakan Tanah Air (GTA), mengambil kira kebijaksanaan dan pengaruhnya mengurus krisis rumit walaupun tokoh itu sudah berusia.

Timbalan Ketua Penerangan GTA, Mahdzir Ibrahim, berkata Mahathir sendiri menganggap penglibatannya pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) sebagai satu “jihad dan ibadat” demi memulihkan negara daripada kepimpinan rosak dan merosakkan.

“Jika diizinkan Allah, apabila GTA diberikan mandat oleh rakyat untuk menjadi kerajaan, kepakaran Mahathir sebagai negarawan masih diperlukan untuk memimpin pentadbiran kerajaan buat kali ke-3, dan mungkin yang terakhir.

“Sungguhpun kita memahami usia dan kudrat yang ada padanya tidak lagi sama seperti kekuatan beliau 10-20 tahun lalu, namun kebijaksanaan dan pengaruh beliau khususnya dalam mengurus pelbagai krisis yang rumit dan terdesak, masih lagi relevan,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, Mahathir mengakui masih ramai pihak yang mahu beliau mengemudi negara sekali lagi.

Pengerusi Pejuang itu bagaimanapun berkata, beliau belum membuat sebarang keputusan mengenainya.

“Saya tak bersedia tapi banyak orang suruh, jadi waktu ini saya tak buat keputusan apa-apa. Saya tak tolak saya tak terima,” katanya ringkas ketika ditanya adakah beliau bersedia menjadi perdana menteri kali ketiga.

Walau bagaimanapun rata-rata komen rakyat di media sosial mencemuh hasrat perdana menteri dua kali itu, mereka kata cadangan Mahathir untuk menjadi PM buat kali ketiga adalah kerja gila setelah rakyat merasai keperitan selama 22 bulan dibawah pemerintahan rejim PH pimpinan Mahathir

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin

Majlis Peguam ‘kurang ajar’ – Zaid

Melur Untuk Firdaus kembali untuk musim ke-2, netizen tak setuju

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker