Jentera BN Siap Siaga, Laksana PRU Tahun Ini – Saarani

Jentera BN Siap Siaga, Laksana PRU Tahun Ini – Saarani

Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 perlu dibuat pada tahun ini juga kerana kesiapsiagaan jentera berada pada tahap maksimum.

Demikian tegas Menteri Besar Perak merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad ketika merasmikan Majlis Ramah Mesra dan Pelancaran Jentera BN Parlimen Bagan Datuk, di sini, hari ini.

Katanya, sekiranya PRU dilakukan pada tahun ini, maka Perak akan kembali dipimpin oleh BN.

“Tak ada lagi kerajaan kongsi kuasa. BN akan pergi solo sebagaimana di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor. Satu kerusi Parlimen Bagan Datuk akan menyumbang kepada pembentukan kerusi di Putrajaya dan dua DUN (Dewan Undangan Negeri) di sini iaitu Rungkup dan Hutan Melintang akan menyumbang kepada pembentukan Negeri Perak.

“Kini adalah masa kerja keras bagaimana untuk meraih hati pengundi yang memilih BN.”

Katanya, tugas utama jentera adalah memastikan pengundi memilih BN dan memasukkan kertas undi ke dalam kotak pengundian.

“Kita tidak boleh terpedaya dengan gelombang biru sahaja kerana itu tidak dikira dengan bilangan jumlah gelombang biru yang ada atau bilangan bendera BN pun.

“Tetapi keputusan PRU dikira dengan kertas undi dalam tong. Kemenangan PRU hanya melibatkan bilangan kertas undi dalam tong dengan yang memilih BN lebih tinggi dari parti lain, walaupun hanya satu kertas. Itulah makna terjemahkan gerak kerja,” katanya.

Terdahulu turut berucap ialah Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Pelancaran tersebut turut dihadiri Timbalan Pengerusi BN Perak, Datuk Azian Osman serta kepimpinan UMNO negeri dan bahagian pelbagai peringkat.

Tidak ketinggalan kepimpinan rakan kompenan BN iaitu Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Mah Hang Soon; Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M.Saravanan; Naib Presiden MIC, Datuk T. Murugiah dan kepimpinan kompenan peringkat negeri Perak yang lain. – UMNO Online

Jentera BN Siap Siaga, Laksana PRU Tahun Ini – Saarani


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin

Majlis Peguam ‘kurang ajar’ – Zaid

Melur Untuk Firdaus kembali untuk musim ke-2, netizen tak setuju

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker