Jangan guris etnik lain, Zahid ingatkan pemimpin politik

Jangan guris etnik lain, Zahid ingatkan pemimpin politik

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat dan pemimpin politik supaya tidak mengemukakan kenyataan sensitif yang boleh mengguris hati antara satu sama etnik lain.

“Apa pun perbezaan pandangan kita masih lagi sebagai sebuah negara yang bersatu padu dan ini biasa dalam sebuah sistem negara demokrasi.



“Sempena Hari Malaysia ini marilah kita sama-sama menghayati Hari Malaysia dan terus bekerja kuat memelihara perpaduan, kesepaduan, keharmonian ekonomi dan kesejahteraan sosial bersama.” katanya dalam kenyataan.

Zahid berkata, sesungguhnya rakyat Malaysia masih lagi matang dan rasional.

“Kita perlu meraikan perbezaan antara satu sama lain bagi membina sebuah negara bangsa idaman Malaysia,” katanya.

Bulan lalu, Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa golongan bukan Islam dan bukan Bumiputera adalah kumpulan majoriti menjadi perosak politik dan ekonomi negara.



Beberapa pihak termasuk pemimpin DAP membuat laporan polis terhadap Hadi yang disiasat polis baru-baru ini. Bagaimanapun, beberapa pemimpin PAS mendakwa kenyataan Hadi itu berdasarkan kajian di sebuah universiti tempatan.

Semalam, Ahli Parlimen Marang itu mendakwa PAS menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) kerana kalangan pemimpin gabungan berkenaan “mengumpulkan pemberi rasuah dan penerima rasuah”.

Beliau turut menyifatkan PH sebagai sarat dengan orang “tidak beriman dan bermoral”. FMT

Jangan guris etnik lain, Zahid ingatkan pemimpin politik




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin



Majlis Peguam ‘kurang ajar’ – Zaid

Melur Untuk Firdaus kembali untuk musim ke-2, netizen tak setuju



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker