Bayaran BKM Fasa 3, Rayuan Mulai 20 September Ini – Ismail Sabri

Bayaran BKM Fasa 3, Rayuan Mulai 20 September Ini – Ismail Sabri

Pembayaran Fasa 3 dan rayuan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan dikreditkan ke dalam akaun penerima mulai 20 September ini secara berperingkat dan dijangka selesai pada 27 September.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembayaran berjumlah RM2.2 bilion itu akan memanfaatkan seramai 8.7 juta penerima.

“Untuk BKM Fasa 3, setiap penerima BKM sedia ada bakal menerima sehingga RM900.

“Lebih daripada 80,000 penerima telah diluluskan rayuan BKM dan akan menerima sehingga RM2,350 mengikut kategori kelayakan masing-masing termasuk Bantuan Tunai Tambahan yang diumumkan kerajaan pada Jun yang lepas.

“Sehingga September 2022, sebanyak RM5.9 bilion telah disalurkan kepada penerima BKM melalui fasa pembayaran yang telah ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Jelas Perdana Menteri, semakan status pembayaran untuk Fasa 3 boleh dibuat mulai 20 September ini melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my.

Sementara bagi Fasa 4 pula, Ismail Sabri menambah bayaran berjumlah RM2.1 bilion dijangka disalurkan kepada mereka yang layak pada Disember depan.

“Kerajaan kekal komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia terutamanya kumpulan sasar dengan aspek jaringan keselamatan sosial akan terus diberi tumpuan di dalam Bajet 2023,” tambah Perdana Menteri.AA

Bayaran BKM Fasa 3, Rayuan Mulai 20 September Ini – Ismail Sabri

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin

Majlis Peguam ‘kurang ajar’ – Zaid

Melur Untuk Firdaus kembali untuk musim ke-2, netizen tak setuju

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker