PM beri penghormatan kepada Ratu Elizabeth II, tandatangan buku takziah

Ismail Sabri Yaakob menandatangani buku takziah sebagai penghormatan kepada Ratu Elizabeth II, 96, yang mangkat pada 8 Sept lepas. Hadir sama Charles Hay dan Kamarudin Jaafar. – Gambar BERNAMA

 

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berkunjung ke Kediaman Rasmi Pesuruhjaya Tinggi British di sini dan mengucapkan takziah atas kemangkatan Ratu Elizabeth II.

Ismail Sabri turut menandatangani buku takziah sebagai penghormatan kepada Ratu Elizabeth II, 96, yang mangkat pada 8 Sept lepas.

Terdahulu, ketibaan Perdana Menteri pada 3.55 petang ke premis itu disambut oleh Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, Charles Hay dan Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamarudin Jaffar.

Beliau meluangkan masa kira-kira 30 minit di Kediaman Rasmi Pesuruhjaya Tinggi British itu.

Ratu Elizabeth II, merupakan raja pemerintah yang paling lama menduduki takhta dalam sejarah British dan kedua paling lama di dunia selepas Raja Louis XIV dari Perancis.

Sementara itu, Hay berkata beliau tersentuh dengan ucapan takziah daripada Ismail Sabri serta limpahan kasih sayang dan rasa hormat yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat.

“Adalah sesuatu yang menggembirakan apabila menerima sokongan sedemikian rupa di Malaysia semasa United Kingdom (UK) meratapi kemangkatan Baginda,” katanya.

Menurut laporan media, jasad Ratu Elizabeth II kini berada di London dan ditempatkan di Istana Buckingham sehingga istiadat pemakaman negara di Westminster Abbey pada 19 Sept ini.

Jasad Ratu Elizabeth II akan disemadikan bersebelahan makam suami baginda, mendiang Putera Philip. – BERNAMA

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin

Majlis Peguam ‘kurang ajar’ – Zaid

Melur Untuk Firdaus kembali untuk musim ke-2, netizen tak setuju

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker