Dakwaan banjir besar hujung November tidak tepat

Dakwaan banjir besar hujung November tidak tepat

Dakwaan berlakunya hujan lebat berterusan mulai pertengahan November sehingga membawa kepada banjir besar penghujung bulan itu adalah tidak tepat.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah berkata, ia berikutan pihaknya tidak mempunyai kaedah tepat untuk meramalkan banjir lebih awal seperti yang hangat diperkatakan.



“Kita tidak nafikan episod hujan lebat itu akan berlaku tapi ramalan dua bulan lebih awal banjir besar berlaku (November) memang tak ada kaedah tepat.

” Tidak dinafikan kemungkinan tu ada, cuma di mana kawasan paling terjejas atau bila, kita tak tahu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Program Agensi-Agensi Teknikal dan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bersama Media di Dewan Wawasan Markas (Smart) anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

Namun katanya, pemantauan teliti tetap akan dilakukan setiap masa bagi memastikan sebarang kemungkinan bencana dapat diuruskan dengan baik.



“Kami akan tingkatkan pemantauan cuma kami hanya boleh dikeluarkan amaran seawal satu ke tiga hari lebih awal. Menjadi tanggungjawab kami untuk perbetulkan persepsi bahawa banjir berkala besar akan berlaku penghujung November ini,” ujarnya. .

Tambahya, MetMalaysia juga akan menambah lima lagi radar cuaca di Semenanjung Malaysia sebagai persediaan bagi mengetahui keadaan cuaca semasa secara lebih terperinci. K Online

Dakwaan banjir besar hujung November tidak tepat


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin

Majlis Peguam ‘kurang ajar’ – Zaid



Melur Untuk Firdaus kembali untuk musim ke-2, netizen tak setuju



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker