Dana ubat adik Athif cukup RM9.9 juta dalam masa 30 hari

Kutipan dana membantu bayi 15 bulan dikenali sebagai Muhammad Athif Fahri yang menghidap Spinal Muscular Altrophy (SMA) Type 1 akhirnya mencukupi.

Menerusi satu perkongsian di laman Instagram Misi Rakyat, kutipan lebih RM9.91 juta berjaya dikumpul dalam tempoh 30 hari.

“Alhamdulilah, syukur terima kasih semua, RM9.9 juta dalam tempoh 30 hari. Rakyat Malaysia sangat luar biasa.



“Baby Athif syukur atas kasih dari semua,” tulis Misi Rakyat.

Terdahulu, Kosmo melaporkan peluang Athif untuk hidup amat tipis jika tidak diberikan ubat Zolgensma yang harganya mencecah USD2.1 juta bersamaan dengan lebih RM9 juta.

Difahamkan, Athif sebelum ini bergantung kepada ubat sementara dengan kos RM40,400 sebulan.

Terdahulu, Misi Rakyat berjaya mengumpul dana bagi membantu bayi yang menghidap penyakit sama iaitu Wan Muhammad Naail atau Naail.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz Dusuki Tegur Puteri Sarah



Afiq simpan bukti dicurangi Pachara

Mondy ‘Influencer’ berduit, netizen kritik Ebit Lew



Cangkul kepala ibu saudara kerana berebut tanah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker