Semua Ketua Bahagian Umno Sebulat Suara Tolak DAP, Perkukuh Kerjasama Dengan PAS

Mesyuarat ketua-ketua Umno Bahagian seluruh negara bersama presidennya, Ahmad Zahid Hamidi hari ini memutuskan parti itu menolak kerjasama dengan parti pembangkang, DAP.

Sebaliknya, Setiausaha agungnya, Ahmad Maslan berkata, akar umbi parti itu memutuskan untuk memperkukuhkan kerjasama dengan PAS dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Setakat ini yang diputuskan hari ini ialah kita tidak bekerjasama dengan DAP, kita juga putuskan untuk terus perkukuh kerjasama dengan PAS, selepas itu GPS,” katanya



Dia ditemui media selepas pertemuan Zahid bersama ketua-ketua bahagian di ibu pejabat Umno di Menara Dato’ Onn di Kuala Lumpur, hari ini.

Sementara itu, diminta mengulas sama ada Umno akan bekerjasama dengan PKR dan Amanah, Ahmad berkata perkara itu tidak diputuskan dalam mesyuarat hari ini.

“Kita tiada bincang perundingan dengan parti lain (PKR dan Amanah), kerjasama dengan parti lain selain (PAS dan GPS) itu kita tunggu dan lihat kemudian.

Sementara itu, Ahmad berkata keputusan mesyuarat hari ini akan di bawa ke mesyuarat Majlis Kertinggi Umno malam esok.



“Keputusan Majlis Kerja Tertinggi esok malam adalah amat penting,” katanya.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker