Lim Teong Kim kembali sebagai ketua jurulatih Perak FC

IPOH: Perak FC mengumumkan pelantikan Lim Teong Kim sebagai Ketua Jurulatih bagi musim 2023 akan datang.

Menurut kenyataan Perak FC hari ini, Teong Kim menandatangani kontrak dua tahun dengan pilihan untuk memperbaharui kontrak selama setahun lagi.

Menurut kenyataan itu lagi, Teong Kim menyatakan ingin membantu membawa perubahan struktur cara kelab bola sepak dikendalikan di Malaysia.



Pengerusi Perak FC, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi berkata, sudah tiba masanya untuk kelab itu menyusun semula pasukan selepas kekalahan berterusan dalam tiga perlawanan terakhir Liga Perdana.

“Perak FC terpaksa menjalani tempoh peralihan, dan kami kini telah menyelesaikan semua masalah yang timbul.

“Tiada lagi alasan untuk musim depan kerana kami mempunyai masa yang cukup dan jurulatih terkemuka yang telah ditambah dalam senarai kami,” katanya dalam kenyataan itu.

Mohd Azim berkata, matlamat utama mereka ialah menstabilkan kelab, dan mengekalkan status kompetitif dengan pengambilan skuad baharu.



“Pandangan Teong Kim dalam pengurusan akar umbi dan pengendalian pemain muda sangat penting kepada Perak FC dalam proses membina semula pasukan mampan yang boleh bersaing untuk merebut kejuaraan,” ujarnya.

Menurutnya, Lembaga Pengarah Perak FC mengucapkan terima kasih kepada ketua jurulatih sekarang, Yusri Che Lah atas segala usaha dan kerja kerasnya sepanjang berkhidmat dengan pasukan.

Katanya, Yusri akan diberi peranan baharu untuk membangunkan skuad B-23 musim depan apabila Teong Kim mengambil alih peranan baharunya sejurus selepas perlawanan dengan Kuching City FC di Stadium Perak pada 17 September ini.

Teong Kim mempunyai pengalaman melatih selama 12 tahun dengan juara Bundesliga 10 kali, pasukan B-19 Bayern Munich dan melatih pemain-pemain seperti Thomas Müller, David Alaba, Toni Kroos dan Emre Can.



Pengalaman beliau juga termasuk berkhidmat di Bologna FC serta mengendalikan bakat seperti Nicola Sansone dan Roberto Soriano.

Di peringkat tempatan, beliau pernah memegang jawatan Pengarah Projek Program Pembangunan Bola Sepak Negara pada 2013 dan kemudian pada 2016, dilantik sebagai Pengarah Akademi Mokhtar Dahari.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengku Hassanal tolong angkat skrol jatuh ketika istiadat (Video)

Masjid Noori Berusia 120 Tahun Muncul Semula Selepas Tiga Dekad Tenggelam [VIDEO]



Ustazah Asma Tak Tahan Dikecam Berterusan Tanpa Sebab (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker