Feri RORO di Perlis hanyut ditiup angin kencang

KUALA PERLIS – Sebuah feri membawa penumpang dan kenderaan jenis Roll On Roll Off (RORO) terkandas kira-kira 30 minit di kawasan belukar muara Sungai Perlis selepas hanyut ditiup angin kencang di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 1.40 tengah hari itu berlaku ketika feri tersebut membawa muatan penumpang dan kenderaan pelbagai jenis dari Pulau Langkawi ke Kuala Perlis.

Menurut seorang penumpang, Johari Omar, 56, ketika kejadian, feri berkenaan sedang menunggu giliran untuk merapat dan berlabuh di Terminal Feri Kuala Perlis.



“Feri yang dinaiki kami bergerak ke kanan, namun mula hanyut selepas ditiup angin kencang sehingga menyeberangi muara sungai dan terkandas hampir 30 minit.

“Perasaan saya ketika itu agak risau kerana memikirkan mungkin akan terkandas dalam tempoh berjam-jam sekiranya air surut tetapi bernasib baik kerana diselamatkan bot nelayan,” katanya di sini hari ini.

Katanya, penumpang di dalam feri agak panik, namun keadaan terkawal dan tiada penumpang tercedera atau kerosakan pada kenderaan dibawa feri berkenaan.

Sementara itu, seorang nelayan, Rostam, Ariffin, 54, berkata, sebaik menyedari perkara itu, sepupunya Zamri Zainol bergegas menghidupkan bot nelayan bagi membantu menunda feri itu keluar dari kawasan terkandas.



“Angin Monsun Barat Daya bertiup sangat kencang sehingga menghanyutkan feri kira-kira 400 meter dari labuhan ke seberang muara sungai.

“Bot nelayan mengambil masa antara 10 hingga 15 minit untuk mengalih kedudukan feri sehingga ia dapat berlayar semula sebelum air surut,” jelasnya.

Tambahnya, feri tersebut terkandas di kawasan Pulau Ketam berdekatan pelantar ikan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dan bernasib baik tidak merempuh bot-bot nelayan lain yang berada di sekitar kawasan tersebut.

Dalam pada itu, seorang lagi nelayan dikenali sebagai Awi berkata, usaha menyelamat tersebut mengakibatkan kerosakan pada enjin bot nelayan –



 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengku Hassanal tolong angkat skrol jatuh ketika istiadat (Video)

Masjid Noori Berusia 120 Tahun Muncul Semula Selepas Tiga Dekad Tenggelam [VIDEO]



Ustazah Asma Tak Tahan Dikecam Berterusan Tanpa Sebab (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker