RM897 juta diperuntukkan bangunkan bandar di tiga Wilayah Ekonomi Pantai Timur – Ismail

RM897 juta diperuntukkan bangunkan bandar di tiga Wilayah Ekonomi Pantai Timur – Ismail

TUMPAT: Kerajaan memperuntukkan RM897 juta bagi pembinaan pembangunan bandar-bandar sempadan di tiga kawasan menerusi Majlis Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tiga pembinaan pembangunan luar bandar itu melibatkan Sungai Golok, Rantau Panjang iaitu Pembinaan Jambatan Takbai- Pengkalan Kubur, Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3) iaitu Jajaran dari Gemuruh, Terengganu ke Pengkalan Kubor, Kelantan sepanjang 147 kilometer.

Manakala ketiga melibatkan pelebaran jalan projek Lebuhraya Kuantan – Segamat, Fasa 2 yang melibatkan jajaran dari Runchang ke Simpang 3 Keratong, sepanjang 51 kilometer, dan Keempat, Projek Tebatan Banjir di Rantau Panjang – Golok Fasa 2.

“Pelancongan merupakan salah satu sektor yang menjadi tonggak kepada pemulihan ekonomi di Wilayah ini. Oleh itu, Kerajaan Persekutuan telah mempergiatkan usaha memulihkan sektor pelancongan negara, dan penyempurnaan projek ini adalah lambang komitmen kerajaan untuk memperkukuhkan ekonomi rakyat Kelantan.

“Saya menghargai usaha penuh ECERDC dalam menerajui inisiatif-inisiatif pemulihan ekonomi negara di ECER, melalui pelaksanaan pelbagai program pembangunan modal insan, projek-projek strategik dan penarikan pelaburan baharu,” katanya semasa berucap di Majlis Perasmian Laman Warisan Kampung Laut, di sini, hari ini.

Ismail Sabri berkata, ia mengambil kira perkembangan semasa dan Pelan Induk ECER 2.0 yang akan berakhir pada tahun 2025, ECERDC juga perlu menjalankan Kajian Pelan Induk ECER 3.0 untuk merangka pelan pelaksanaan sosioekonomi sehingga 2030.
“Program-program pembangunan modal insan yang dilaksanakan di ECER yang menyasarkan golongan B40, penganggur dan masyarakat Orang Asli telah mencatatkan kejayaan yang membanggakan.

“ECERDC juga telah berjaya menarik sebanyak RM13 bilion pelaburan komited sehingga 31 Ogos 2022 yang bakal menjana 7,080 peluang pekerjaan dan hampir 300 peluang perniagaan, yang kini menghampiri sasaran pelaburan komited sebanyak RM14 bilion,” katanya.

Tambahnya, jambatan sepanjang 4 kilometer ini juga akan meningkatkan daya tarikan Kampung Laut sebagai destinasi wajib singgah dan akan menyelesaikan masalah aliran trafik di Jajahan Kota Bharu yang sangat meruncing terutamanya semasa musim perayaan dan cuti sekolah.

Dalam pada itu, menurut Ismail Sabri, kerajaan turut membelanjakan sebanyak RM40 juta untuk Projek Pembangunan Semula Kampung Laut yang terdiri daripada Laman Warisan Serunding, Laman Warisan Seni dan pemindahan Masjid Lama Kampung Laut.

“Inilah komitmen berterusan Kerajaan Persekutuan untuk memastikan pembangunan seimbang dinikmati oleh rakyat Kelantan selaras dengan aspirasi Keluarga Malaysia.

“Saya difahamkan pengambilan tanah untuk pembangunan projek telah hampir selesai dan pelantikan kontraktor untuk pembinaan jambatan tersebut akan dimuktamadkan sebelum akhir tahun ini.

“Kerajaan menyokong penuh langkah bagi mewartakan Masjid Kampung Laut ini sebagai Monumen Kebangsaan di bawah Jabatan Warisan Negara dan sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO, kerana ia sangat signifikan,” katanya lagi.

Tambahnya, Laman Warisan Kampung Laut kini telah menjadi satu destinasi wajib singgah oleh pengunjung-pengunjung di Kelantan, khususnya di Kota Bharu.

“Dengan adanya Laman Warisan Serunding, para pengusaha kini beroperasi di sebuah kompleks yang lebih kondusif dan menarik yang akan meningkatkan lagi tarikan dan jualan hasil-hasil pengusaha kepada pengunjung.

“Negeri Kelantan kaya dengan kesenian dan kraftangan yang diwarisi sejak turun temurun. Laman Warisan Seni yang dibangunkan akan memelihara warisan seni budaya rakyat Kelantan,” katanya.

Untuk rekod, projek ini telah menjadikan Kampung Laut sebagai sebuah destinasi wajib singgah di negeri Kelantan dan merancakkan kegiatan ekonomi berasaskan pelancongan di kawasan setempat, disamping memelihara kesenian, warisan, budaya dan kemegahan seni bina penduduk Kampung Laut.

Laman warisan kampung laut bakal menjadi satu lagi tarikan pelancongan di negeri Kelantan. Pembangunan semula kampung laut sebagai Kampung Warisan melibatkan pembinaan Laman Warisan Serunding dan Laman Warisan Seni, serta pengembalian Masjid Kampung Laut yang berusia 400 tahun dari Nilam Puri ke lokasi asalnya.

Untuk rekod, projek-projek yang bakal dilaksanakan oleh ECERDC termasuklah pembinaan Jambatan Palekbang yang akan melengkapkan Pembangunan Semula Kampung Laut serta merangsang aktiviti pelancongan di kawasan setempat.

Jambatan tersebut turut menyediakan laluan alternatif yang menghubungkan Tumpat ke Kota Bharu, sekali gus dapat menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas dan meningkatkan kesalinghubungan.

Ia dijangka akan menjadi pemangkin kepada pembangunan kawasan baharu, khususnya di jajahan Tumpat.

Dalam pada itu, Majlis Pertukaran Dokumen Pasca Mesyuarat Majlis Ahli-ahli Majlis ECER turut menyaksikan Majlis Pertukaran Dokumen di antara ECERDC dan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (Medical Device Authority – MDA), dan juga di antara ECERDC dan Yayasan Petronas.
Majlis pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) di antara ECERDC dan MDA adalah bagi meningkatkan lagi peluang pelaburan, terutama dalam pembuatan peranti perubatan di tamantaman perindustrian ECERDC. Aw

RM897 juta diperuntukkan bangunkan bandar di tiga Wilayah Ekonomi Pantai Timur – Ismail
RM897 juta diperuntukkan bangunkan bandar di tiga Wilayah Ekonomi Pantai Timur – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Lizzy bikin panas lagi

Dah halau dari Rembau, jangan halau dari KKM pula – Khairy

Pasangan kekasih ditemui mati dalam Perodua Kancil

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker