Jakarta upah zombie tarik orang guna pengangkutan awam

Jakarta upah zombie tarik orang guna pengangkutan awam

Jakarta: Di bandar yang terkenal dengan keadaan kesesakan jalan raya yang teruk, ‘zombie’ digunakan untuk menarik orang ramai menggunakan pengangkutan awam.

Itu strategi digunakan pengendali transit aliran ringan Jakarta yang mengubah tren dan stesennya ibarat set ‘zombie’ mirip filem seram popular Korea Selatan, ‘Train to Busan’.



Usaha itu menjadi langkah terbaru bagi menarik lebih ramai orang awam menggunakan sistem pengangkutan terbabit, sekali gus mengurangkan kesesakan teruk di jalan raya serata Jakarta.

Tarikan berbayar ‘Train to Apocalypse’ dikendali PT LRT Jakarta dan Pandora Box yang dilancarkan bulan lalu itu, bertujuan mempromosikan penggunaan sistem pengangkutan darat baharu itu, khususnya dalam kalangan golongan muda.

Ibarat menonton filem berkaitan bencana diserang makhluk mengerikan itu, kumpulan pelakon tampil dengan solekan dan berpakaian seperti ‘zombie’ manakala pada dinding gerabak terdapat percikan serta tompokan ‘darah’.

Bagi pengunjung yang ingin merasai pengalaman terbabit, kumpulan zombie berkenaan akan menarik penumpang, mengejar mereka di sepanjang laluan tren yang gelap itu.



Malah, dalam bahagian tren akan memaparkan siaran berita kononnya virus ‘Pandora’ merebak di sekitar bandar raya berkenaan, mengubah manusia menjadi zombie.

Bagaimanapun, pengunjung akan diselamatkan tentera bersenjata yang melawan kumpulan zombie berkenaan sebelum membawa orang awam ke tempat selamat.

“Bahaya, awas zombie” antara papan tanda amaran di stesen berkenaan yang diterangi dengan lampu kecemasan berwarna merah.

“Sebenarnya zombie terbabit tidak mengejar kita, namun kita tetap akan berasa panik,” katan seorang penumpang, Genesis Christi, 17.



Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Pandora Box, Billy Junior berkata tarikan itu mengambil iktibar daripada filem ‘Train to Busan’.

“Kami mahu golongan muda merasakan bahawa menggunakan pengangkutan awam adalah sesuatu yang menyeronokkan,” katanya.

Jakarta, dengan lebih 30 juta penduduk, adalah antara bandar raya paling teruk tercemar di dunia dengan kesesakan trafik antara terburuk di dunia, malah siar kakinya yang tinggi rendah tidak sesuai untuk pejalan kaki.

Sistem LRT di negara itu memulakan operasi komersial pada Disember 2019 dan ketika itu, pakar pengangkutan memberi amaran bahawa konsep pengangkutan baharu dan tambang murah tidak cukup bagi mengatasi masalah trafik di Jakarta.



Bagi orang ramai yang ingin merasai pengalaman ‘diserang’ zombie’, Train to Apocalypse mengenakan bayaran antara 60,000 hingga 70,000 rupiah (RM18-RM21).
HM

Jakarta upah zombie tarik orang guna pengangkutan awam


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Lizzy bikin panas lagi

Dah halau dari Rembau, jangan halau dari KKM pula – Khairy



Pasangan kekasih ditemui mati dalam Perodua Kancil

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker