Ibu hamil mengidam telur penyu, peniaga takut kena denda

KUALA TERENGGANU – Biarpun penjualan telur penyu telah diharamkan di Terengganu sejak tiga bulan lalu, namun sehingga kini masih ramai yang mencari bahan makanan itu termasuk dalam kalangan pelancong.
Menurut laporan utusan, permintaan terhadap makanan eksotik terbabit terutama di kawasan tumpuan penjualannya sebelum ini iaitu Pasar Besar Kedai Payang di sini semakin tinggi berikutan musim cuti persekolahan.
Begitu pun setakat ini, tiada seorang peniaga berani menjualnya walaupun secara sembunyi kerana bimbang dikenakan tindakan penguatkuasaan denda sehingga RM250,000.
Salah seorang peniaga, Hayati Mad Zain, 54, mengakui, dia dan 10 peniaga masih dicari peminat makanan eksotik berkenaan bukan sahaja dalam kalangan penduduk tempatan malah pelancong termasuk dari Kuala Lumpur, Selangor dan Johor.
“Paling membuatkan saya rasa sayu apabila segelintir ibu hamil merayu untuk membeli telur penyu kerana mengidam,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Pasar Besar Kedai Payang di sini semalam.
Hayati berkata, rayuan tersebut bagaimanapun tidak dapat ditunaikan kerana peniaga terikat dengan undang-undang larangan penjualan telur penyu yang dikuatkuasakan di Terengganu sejak awal bulan Jun lalu.
Tambah beliau, anggota penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Perikanan sering mengadakan rondaan penguatkuasaan.
“Sebenarnya ramai juga yang masih mahu membeli telur penyu dengan alasan untuk dijadikan penawar penyakit lutut dan saraf.
“Begitu pun kami tidak lagi mengambil bekalan (telur penyu) dan akur arahan kerajaan negeri demi pemuliharaan penyu yang kini semakin pupus,” jelasnya.
Enakmen Penyu 1951 (Pindaan 2021) Terengganu yang menetapkan pengharaman penjualan semua jenis telur penyu di negeri ini telah diluluskan sebulat suara pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada November 2021.
Pindaan tersebut antara lain mengenakan hukuman lebih berat bagi kesalahan kacau ganggu dan membunuh penyu iaitu RM50,000 hingga RM250,000 berbanding hanya RM3,000 sebelum ini. utusan
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Pengakuan PAS
- Usah ulangi ‘skrip’ tarikh PRU14
- Dr Ampikaipakan, penyelamat nyawa saya – Muhyiddin
- Runding gelap dengan Umno: ‘Wayang’ PAS selepas calon Muhyiddin jadi PM – Shabery
- Cucu Mat Kilau ambil kesempatan kejayaan filem Mat Kilau masuk gelanggang PRU15
- UMNO hari ini memang lain, bukan lagi kuku besi – Razlan
- Hadi, Takiyuddin dicabar dedah nama pemimpin UMNO runding dengan Pas
- Pramugari beri kacang kepada ‘influencer’ berisiko berdepan tindakan tatatertib
- Wanita ‘menangis tak berlagu’ anak isi air ke dalam tangki petrol
- PM caretaker Thailand selamba tidur ketika mesyuarat
- Taikun rugi RM11 juta emas lesap ketika penerbangan
- Hend Bustami hampir diperkosa polis kerana diri terlalu cantik
- Kerjasama PAS-UMNO: Muhyiddin panas punggung, mahu PAS jelaskan malam ini
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.