300 petani rugi padi tidak boleh dituai akibat jalan tidak siap
300 petani rugi padi tidak boleh dituai akibat jalan tidak siap
ALOR SETAR: Lebih 300 petani yang mengusahakan kira-kira 287 hektar sawah di Kampung Benua dan Kampung Kebun Pinang di sini, memohon pihak berwajib supaya menyegerakan projek jalan di kawasan bendang di situ demi kemudahan pesawah mengeluarkan hasil tani mereka.
Rata-rata pesawah ditemui memaklumkan, kemajuan projek itu yang terlalu perlahan mungkin akan menyebabkan mereka menanggung kerugian pada musim ini.
Menurut Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Batu 4, Mohd. Salleh Omar, 65, projek tersebut sudah dimulakan sejak 2020 namun terhenti akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Hanya pada Julai lalu, barulah projek ini disambung semula. Masalahnya sekarang, di sekitar kawasan sawah tersebut kontraktor terlibat sudah pun menggali parit, sekali gus menghalang mesin padi untuk masuk ke petak sawah bagi menuai hasil.
“Semua itu menyukarkan usaha untuk mengeluarkan hasil dan kami padi itu akan tumbang sebelum sempat dituai. Kami sebelum ini mencadangkan supaya 1,000 lori tanah dibawa ke sini untuk membuat jalan tersebut tetapi setakat ini hanya kira-kira 200 lori saja yang sampai,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Benua, Ridzuan Mansur, 56, berkata, beliau telah beberapa kali menerima aduan daripada penduduk berhubung masalah itu yang disifatkan sebagai tidak berkesudahan.
Menurutnya, kegagalan membina jalan tersebut secepat mungkin menyebabkan mesin padi terpaksa bergerak jauh untuk mengeluarkan hasil dan sering tersangkut di kawasan jerlus.
“Kami bukan nak tuding jari kepada sesiapa tetapi kalau boleh percepatkan projek ini demi kemudahan penduduk. Projek ini tidak dinafikan sangat baik dalam memberi kemudahan kepada petani tetapi kelewatannya disiapkan agak mengecewakan kami.
“Dah tiga tahun projek ini berjalan tetapi masih belum dapat disiapkan. Lori yang membawa tanah pun bukan datang hari-hari dan jumlah lorinya pula cuma empat atau lima buah saja sekali ‘masuk’,” katanya
Dalam pada itu seorang petani, Mohd. Nasir Jamaludin, 56, mengakui kecewa dengan kelewatan tersebut selain mengharapkan agar pihak berwajib memberi lebih perhatian terhadap kawasan berkenaan.
“Di tempat lain, setiap 200 meter akan dibina satu jalan bagi memudahkan usaha membawa masuk mesin padi dan lori untuk mengeluarkan hasil tetapi di kawasan ini, boleh dikatakan hampir setiap dua kilometer, barulah ada satu jalan dan itu pun masih tak siap sejak sekian lama.
“Bagi saya kelewatan menyiapkan projek ini merupakan satu kesilapan besar pihak berwajib hingga mendatangkan risiko kerugian kepada petani. Sebagai individu yang turut mengusahakan mesin padi, saya sendiri terpaksa meminjam kira-kira RM4,000 dari tauke-tauke untuk membina laluan sendiri bagi memastikan padi orang kampung dapat juga dikutip agar masing-masing memiliki pendapatan walau tidak seberapa,” katanya. – UTUSAN
Tambahnya, wang yang dipinjam itu kemudiannya akan dikongsi sama rata bersama petani-petani terlibat untuk mereka membayarnya semula secara berkongsi selepas padi dituai nanti. Utusan
300 petani rugi padi tidak boleh dituai akibat jalan tidak siap
Baca Artikel Menarik:
- Pengakuan PAS
- Usah ulangi ‘skrip’ tarikh PRU14
- Dr Ampikaipakan, penyelamat nyawa saya – Muhyiddin
- Runding gelap dengan Umno: ‘Wayang’ PAS selepas calon Muhyiddin jadi PM – Shabery
- Cucu Mat Kilau ambil kesempatan kejayaan filem Mat Kilau masuk gelanggang PRU15
- UMNO hari ini memang lain, bukan lagi kuku besi – Razlan
- Hadi, Takiyuddin dicabar dedah nama pemimpin UMNO runding dengan Pas
- Pramugari beri kacang kepada ‘influencer’ berisiko berdepan tindakan tatatertib
- Wanita ‘menangis tak berlagu’ anak isi air ke dalam tangki petrol
- PM caretaker Thailand selamba tidur ketika mesyuarat
- Taikun rugi RM11 juta emas lesap ketika penerbangan
- Hend Bustami hampir diperkosa polis kerana diri terlalu cantik
- Kerjasama PAS-UMNO: Muhyiddin panas punggung, mahu PAS jelaskan malam ini
Layari Laman Facebook MYKMU.NET