Lelaki tumbuk anggota MBJB selepas barang disita
Lelaki tumbuk anggota MBJB selepas barang disita
JOHOR BAHRU: Seorang pembantu penguat kuasa Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) cedera dipukul pengurus sebuah premis semasa menjalankan operasi penyitaan sebuah kedai di Taman Pelangi di sini pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian berlaku pada jam 1.50 pagi melibatkan seorang lelaki warga tempatan berusia 48 tahun yang tidak berpuas hati dengan operasi dijalankan MBJB.
“Akibat kejadian tersebut, mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka akibat ditumbuk, selain turut mengalami lebam di lutut kirinya.
“Siasatan awal mendapati punca kejadian adalah disebabkan suspek tidak berpuas hati dengan operasi sitaan barangan yang dijalankan MBJB kerana premis terbabit tidak mempunyai lesen beroperasi,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata, bertindak atas maklumat oleh mangsa, pengurus berkenaan berjaya ditahan polis di premis tersebut pada jam 1.15 petang Isnin.
Tambah Raub, kes disiasat mengikut Seksyen 331 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.
“Suspek akan dimohon untuk dikenakan reman bagi membantu siasatan yang dijalankan,” katanya.
Sehubungan itu ujar beliau, orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut boleh menghubungi talian 07-2182323 atau 011-40678218 untuk membantu siasatan. Sinar
Lelaki tumbuk anggota MBJB selepas barang disita
Baca Artikel Menarik:
- Dakwaan gangguan seksual Puteri Balqis disiasat polis
- Rumah hantu pandu lalu, mesti cuba (Video)
- Ajak UMNO kerjasama dengan Pas, bukti pro Bersatu tersepit
- EP Blueshark dapat kelulusan JPJ
- KJ atau Tok Mat, pengundi Rembau tetap undi BN
- Berjumpa abang kandung selepas 58 tahun terpisah
- Netizen Dakwa Nora Danish Kantoi Edit Gambar Bagi Pinggang Nampak Lentik
- Demi cinta, jarak usia 21 tahun bukan penghalang
- Penoreh getah jadi bapa ayam ‘jual’ janda Indonesia
- Video atlet berjalan dalam air secara terbalik raih 54 juta tontonan
- Duda, janda didakwa bergaduh, lempar tahi ayam
- Bomoh Rusia Mengaku Tak Mampu Sihir Orang Islam Yang Jaga Solat
- Takiyuddin mesti minta maaf kepada UMNO Kedah – Shaiful Hazizy
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.