KJ Mampu Tawan Semua Kerusi Kepala Batas

Oleh Tun Teja

STATUS kerusi yang bakal ditandingi Khairy Jamaluddin Abu Bakar (KJ) sedang hangat diperdebatkan. Kini KJ merupakan Ahli Parlimen (AP) Rembau sejak Mac 2008. Desas desus KJ tidak akan bertanding di Parlimen Rembau pada PRU-15 makin kencang bertiup.

Beliau dikatakan akan bertanding di kerusi Parlimen Kepala Batas. Kerusi tersebut pernah menjadi milik Tun Abdullah bin Ahmad Badawi (Pak Lah) yang juga merupakan bapa mertua beliau. Tambahan pula KJ meraih populariti ketika Pak lah menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 5.



Bapa mertua KJ juga merupakan penyandang kerusi Parlimen Kepala Batas selama tujuh penggal sejak 1979 namun pada PRU 13, Pak Lah memutuskan untuk tidak bertanding.  Parlimen Kepala Batas terdiri dari DUN Penaga, Bertam dan Pinang Tunggal. Ketika era Pak Lah, kesemua kerusi DUN tersebut milik Barisan Nasional (BN).

Bersandarkan kepada faktor Pak Lah sebagai bapa mertua KJ dan populariti beliau sendiri maka KJ dijangka akan dapat tawan kesemua kerusi DUN dalam parlimen Kepala Batas tersebut. Ketika ini ketiga-tiga DUN tersebut bukan milik BN. Hanya kerusi Parlimen sahaja dimenangi BN pada PRU-14.

Sebagaimana yang kita tahu KJ merupakan aset UMNO dan pemimpin masa depan negara maka sudah tentu parti akan meletakkan beliau di tempat yang KJ pasti boleh tawan seperti Parlimen Kepala batas.



Dengan “wow factor” Pak Lah sebagai bapa mertua dan KJ merupakan antara menteri paling popular abad ini maka kerusi Parlimen Kepala Batas dan kerusi DUN Penaga, Bertam dan Pinang Tunggal kesemuanya dijangka akan menjadi milik BN.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker