Cangkerang udang kara, ketam boleh dijadikan bateri

Cangkerang udang kara, ketam boleh dijadikan bateri

MUNGKIN ramai yang tidak pernah terfikir bahawa cangkerang hidupan laut seperti ketam dan udang kara yang sering dibuang boleh dijadikan sesuatu yang amat berguna buat manusia.

Baru-baru ini para saintis dari Universiti Maryland di Amerika Syarikat menemui sesuatu yang menakjubkan menerusi penyelidikan mereka ke atas hidupan laut yang tergolong dalam kumpulan krustasea itu.

Penyelidikan dikenali sebagai ‘A sustainable chitosan-zinc electrolyte for high-rate zinc-metal batteries’ diketuai oleh Profesor Liangbing Hu itu mendapati, sel partikel ‘chitin’ yang terdapat pada hidupan berkulit keras itu boleh menyimpan tenaga dan dapat diinovasikan sebagai bateri berdaya tahan serta mampan.



“Kita memikirkan mengenai biodegradasi bahan atau kesannya kepada alam sekitar, keupayaan bateri penting dalam sesuatu produk itu, yang mana mungkin boleh dikomersialkan.

“Bateri yang diguna pakai menerusi teknologi penciptaan ini mesti mesra alam sekitar seiring dengan langkah dunia bergerak ke arah penyelesaian tenaga hijau dan penggunaan kereta elektrik masa kini,” katanya memetik laporan artikel The Guardian.

Jelasnya, bateri yang lazim digunakan masa kini diperbuat daripada lithium-ion dan sebatian lain mengambil masa yang cukup lama untuk dilupuskan, selain terdiri dari bahan yang boleh menghakis serta mudah terbakar.

“Cangkerang krustasea seperti yang ada pada ketam dan udang kara diperbuat daripada sel yang mengandungi chitin.



“Chitin adalah merupakan sejenis karbohidrat yang menjadikan cangkerang hidupan ini keras dan kuat.

“Hasil buangan dari restoran selalunya ada mengandungi bahan ini, yang mana turut disebarkan secara semula jadi menerusi pembiakan kulat serta serangga,” ujar Hu lagi.

Mengulas mengenai produk bateri prototaip yang dicipta oleh kumpulan penyelidik itu, menurut beliau, selepas melalui beberapa fasa pemprosesan kimia dengan larutan asid acetic akueus yang kemudiannya citin disintesiskan ke dalam gel membran untuk digunakan sebagai bateri elektrolit.

Cecair elektrolit yang terdapat pada bateri membantu pengecasan molekul ion dari hujung ke hujung bateri.



“Elekrolit chitosan ini kemudiannya dicampur dengan zink seterusnya membolehkan bateri itu selamat serta murah,” tambahnya.

Menurut beliau kajian yang dibuat pada chitin sebelum ini turut mendapati sel kimia itu mempunyai peranan dalam bidang bioperubatan yang mana berperanan sebagai pembalut luka dan terapi antiradang. Awani

Cangkerang udang kara, ketam boleh dijadikan bateri


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Khairy bertanding di Seremban? Pasti panas

Siasat Rizal Mansor segera – Kadir

Anwar beritahu polis jangan ganggu Rafizi

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker