PAS zaman Hadi carca marba, tidak lagi gah seperti zaman Nik Aziz

JOHOR BAHRU: Kepimpinan Pas dan semua ahlinya perlu sedar bahawa parti berkenaan tidak lagi gah seperti ketika dipimpin Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed mendakwa, sebaliknya Pas yang dipimpin Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang ketika ini cacamarba dan haru-biru.

Tegasnya, Pas juga bukan ‘king maker’ seperti didakwa mereka tetapi sudah menjadi parti politik tidak laku yang kini sibuk mencari pasangan baharu untuk dipergunakan.

“Pas dahulu memang jauh berbeza dengan Pas sekarang. Kini parti itu jadi cacamarba sebab pemimpin mereka sibuk membodek dan kejar harta duniawi. Saya percaya ahli akar umbi pun sekarang makin pening dengan sikap pemimpin atasan mereka dalam isu Muafakat Nasional (MN). Ya lah, UMNO dah ‘move on’ dan nak bertanding solo pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), tapi kepimpinan Pas masih mahu cuba dengan MN.

“Sampai orang bawah tak tahu dah mana hala tuju Pas. Adakah hanya nak terus bersama Perikatan Nasional (PN) saja atau masih nak kejar UMNO dan MN. Dah banyak kenyataan dan penegasan diberikan pemimpin UMNO yang dah tutup pintu MN, tapi tak tahulah pemimpin Pas ni tak faham atau buat-buat tak faham. Atau mereka buat pekak badak saja,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Nur Jazlan yang juga bekas Ahli Parlimen Pulai berkata, isu berkaitan MN seharusnya ditamatkan kerana Pas dilihat hanya menggunakan dalil-dalil al-Quran untuk menghalalkan cita-cita politik mereka termasuk dalam isu kerjasama kedua-dua parti terlibat.

“Seperti yang diucapkan Mursyidul Am Pas beberapa hari lalu bahawa penyatuan ummah ini adalah perintah Tuhan. Sebab itulah Pas, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan UMNO perlu kembali bersama membentuk gabungan atas nama kepentingan agama.

“Apa yang saya hairan kenapa perintah Tuhan yang disebut Mursyidul Am itu hanya libatkan tiga parti itu saja. Bukankah pemimpin dan ahli-ahli Parti Amanah Negara (Amanah) juga orang Islam, bukankah orang Melayu dalam PKR juga orang Islam. Kenapa mereka tak termasuk dan diajak bersatu atas nama dalil perintah Tuhan yang Pas sebut itu.

“Mursyidul Am Pas juga membuat kenyataan bahawa kedua-dua parti hendaklah merujuk al-Quran dan sunnah bagi memastikan penyatuan ummah dikekalkan tanpa sebarang perpecahan yang merugikan Islam. Wah, bila kena atas puak dia, terus suruh rujuk al-Quran, tapi bila bab dia khianat UMNO, dia main banyak pasangan dan mengamuk serta sokong Muhyiddin (Tan Sri Muhyiddin Yassin) sebab nak kejar jawatan atau pangkat, tak ada pula pemimpin Pas ni keluarkan dalil al-Quran dan hadis,” katanya.

Menurut Nur Jazlan, UMNO tidak akan mudah terpedaya dengan pujuk rayu Pas dan permainan licik Muhyiddin kerana pernah mengkhianati parti yang mengangkat beliau sebagai pemimpin besar sebelum ini.

“Sebaliknya, UMNO pula beri kata dua kepada Pas, pilih bersama UMNO tapi putus dengan PN atau teruskan hubungan bersama PN tapi tinggalkan UMNO. Mula-mula Pas yakin putus hubungan dengan UMNO pun tak apa asalkan mereka masih dapat duduk di kerusi empuk di Putrajaya.

“Tapi lama-lama Pas rasakan pasangannya dalam PN, iaitu Bersatu tak sebaik disangka dan banyak tipu helah digunakan untuk memperkuda mereka demi kepentingan politik Muhyiddin serta konco-konconya. Pas bersama PN gagal dalam dua pilihan raya negeri (PRN), malah prestasi mereka lebih teruk berbanding PRU14. Pas yang sudah sedar Bersatu sudah tak kuat mula rasa tersepit dan mencongak nasib mereka pada PRU15 nanti.

“Dan sudah menjadi ‘peel’ buruk Pas sejak dulu, bila saja mereka mula terdesak dan hilang punca, parti itu akan jaja semula cerita perpaduan ummah. Mengajak orang Melayu Islam bersatu kembali atas nama bangsa dan agama,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Benarkah Iskandar Zulqarnain adalah Alexander The Great? Bhg 3

Soo Wincci rasa tenang masuk masjid

Kehilangan pasangan hidup selepas 19 hari berkahwin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker