Zahid doakan Najib diberi kesembuhan

Zahid doakan Najib diberi kesembuhan

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersedih apabila mengetahui bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terpaksa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan.

Beliau mendoakan semoga Allah memberi kesembuhan kepada Najib dan sentiasa melindunginya daripada sebarang bahaya.

“Tuhanku, Tuhan manusia, hilangkanlah penyakit. Berikanlah kesembuhan kerana Kau adalah penyembuh. Tiada yang dapat menyembuhkan penyakit kecuali Kau dengan kesembuhan yang tidak meninggalkan rasa sakit,” katanya dalam doa yang dikongsikan menerusi hantaran Facebook miliknya hari ini.

Ahmad Zahid turut berharap agar keluarga Najib tetap tabah dan cekal menghadapi dugaan itu.

“Insya-Allah kebenaran akan terlihat apabila tiba masanya,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan pegawai Najib mengesahkan Ahli Parlimen Pekan berkenaan dihantar ke hospital untuk menjalani pemeriksaan perubatan baru-baru ini dan kini berada dalam keadaan stabil. MG

Zahid doakan Najib diberi kesembuhan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Benarkah Iskandar Zulqarnain adalah Alexander The Great? Bhg 3

Soo Wincci rasa tenang masuk masjid

Kehilangan pasangan hidup selepas 19 hari berkahwin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker