Anwar beritahu polis jangan ganggu Rafizi
Anwar beritahu polis jangan ganggu Rafizi
Presiden PKR, Anwar Ibrahim menggesa Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani segera menghentikan semua bentuk tekanan dan gangguan ke atas Timbalannya, Rafizi Ramli.
Semalam, polis merampas telefon bimbit Rafizi, ketika beliau memberi keterangan berhubung dakwaannya berkaitan projek kapal tempur pesisir (LCS).
Anwar menyifatkan tindakan polis merampas telefon bimbit Rafizi untuk tujuan siasatan agak keterlaluan.
“Langkah ini ternyata suatu intimidasi terhadap beliau (Rafizi) dalam menentang gejala rasuah di negara ini, seperti yang pernah berlaku kepada anak-anak muda dan mahasiswa dalam himpunan turun.
“Pihak polis juga harus berlaku adil dalam hal ini, termasuk menyiasat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Abd Latiff Ahmad kerana laporan polis terhadap beliau turut dibuat tempoh hari.
“Harus diingat amalan dua darjat seperti ini tidak harus diamalkan, sebaliknya perlu benar-benar telus menjalankan siasatan tanpa sebarang tekanan dikenakan,” kata ketua pembangkang itu di Facebook.
Rafizi mendakwa Latiff mempunyai isteri kedua bernama Zainab Mohd Salleh yang mendapat kontrak jutaan ringgit dengan Kementerian Pertahanan untuk projek LCS.
Beliau didakwa menyiarkan empat kenyataan dan tohmahan pada 22, 25, 26 dan 29 Ogos lalu di blog serta menyiarkan semula di Facebook, Twitter dan TikTok.
Susulan itu, pegawai Latiff membuat laporan polis terhadapnya pada Selasa lalu yang disifatkan fitnah bertujuan merosakkan nama baik Ahli Parlimen Mersing itu. FMT
Anwar beritahu polis jangan ganggu Rafizi
Baca Artikel Menarik:
- Wakil Pemuda tegur pemimpin PAS kurang kritik Bersatu, jujurlah dengan UMNO
- Tubuh jawatankuasa khas siasat surat percepatkan perbicaraan Zahid – Shaiful
- Tahap sokongan kaum Cina: BN mengatasi PH
- Denda tinggi umpama ‘hukuman mati’ untuk keluarga Najib
- PRU-15 bapa segala pilihan raya
- Kalau Tok Mat ni, dah ok jalan rumah saya – Dayangku Intan
- Rundingan 27 kerusi Parlimen hidupkan semangat MN – Khairuddin
- Umno tak jadi kerajaan tanpa ‘pengorbanan’ Bersatu kenyataan songsang – Isham
- Eyka Farhana semakin berani berpakaian seksi
- Anna Jobling bakal berhijrah ke Indonesia?
- Cikgu potong rambut, bersih kepala pelajar dipenuhi kutu hidup [VIDEO]
- Pas beri UMNO 30 hari
- Ini luahan isi hati Peguam Rosmah selepas anak guam dijatuhkan hukum
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Benarkah Iskandar Zulqarnain adalah Alexander The Great? Bhg 3
You must be logged in to post a comment.