Tiada rompakan atau kebakaran di SkyCasino Genting Highlands

Tiada rompakan atau kebakaran di SkyCasino Genting Highlands

BENTONG: Polis menafikan berlaku rompakan atau kebakaran di SkyCasino, Genting Highlands, di sini, seperti didakwa dalam satu rakaman video tular di media sosial, hari ini.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, berkata pihaknya mengesan satu rakaman video dalam bahasa Hokkien melalui satu akaun Tik Tok memaklumkan berlaku rompakan atau kebakaran di SkyCasino, semalam.



“Antara kenyataan dalam video itu adalah kasino tidak dapat dimasuki, orang di dalam kasino tidak dapat keluar dan pintu kasino sudah dikunci.

“Individu itu juga mendakwa mungkin berlaku rompakan atau kebakaran menyebabkan kesesakan di luar pintu kasino dan tidak boleh ke stesen kereta kabel kerana semua jalan ditutup.

“Malah, individu itu mendakwa orang yang mahu menempah bilik juga tidak dapat kerana semua kaunter ditutup. Individu itu mendakwa orang dalam kasino tidak dapat keluar, manakala orang di luar tidak dibenarkan masuk,” katanya.

Zaiham berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan polis berhubung perkara itu.



“Hasil siasatan dilakukan mendapati tiada kejadian rompakan berlaku seperti didakwa di dalam video tular berkenaan.

“Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi atau menularkan sesuatu yang boleh menimbulkan kegusaran atau menjejaskan ketenteraman awam,” katanya.

Sementara itu, Resorts World Genting dalam kenyataan, memaklumkan pintu kecemasan kebakaran di laluan masuk SkyCasino mengalami kerosakan akibat amaran palsu kebakaran pada jam 1.30 tengah hari semalam.

“Bagaimanapun, perkara itu berjaya diselesaikan kira-kira 15 minit,” katanya. BH



Tiada rompakan atau kebakaran di SkyCasino Genting Highlands


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pukulan Khairulaming, Pelanggan Beratur Panjang Mahu Rasa Nasi Lemak RM1.00 Bangsudu



Wanita Ini Dedahkan Sisi Gelap Bisnes Mesin Air

Misteri Raja bertanduk dua disebut dalam al-Quran – Bhg 1



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker