Nasib Datin Seri Rosmah ditentukan hari ini

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menjadi tumpuan orang ramai yang ingin mengetahui keputusan perbicaraan kes rasuah Rosmah Mansur berkaitan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Isteri bekas perdana menteri Najib Razak itu akan mengetahui sama ada dia akan dibebaskan atau didapati bersalah atas tiga pertuduhan rasuah yang dihadapinya.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan dijangka mengumumkan keputusan itu pada pukul sembilan pagi.



Bagaimanapun, Rosmah telah memfailkan permohonan di saat-saat akhir supaya hakim Mohamed Zaini menarik diri daripada mendengar atau membuat keputusan ke atas kes itu berikutan dakwaan berlaku kebocoran dokumen penghakiman kesnya yang disediakan pihak lain dan ditularkan di media massa dan elektronik, 26 Ogos lepas.

Difahamkan Mahkamah Tinggi akan mengendalikan permohonan itu terlebih dahulu, hari ini.

Pada 18 Feb tahun lepas, Rosmah, 70, diarahkan membela diri ke atas tiga pertuduhan dihadapinya setelah pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Rosmah, berhadapan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada bekas pengarah urusan Jepak Holdings Saidi Abang Samsudin.



Rasuah terbabit didakwa diterima melalui bekas pegawai khasnya Rizal Mansor sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion daripada Kementerian Pendidikan (KPM) secara rundingan terus.

Pihak pendakwaan diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya Kanan Gopal Sri Ram sementara peguam Jagjit Singh mengetuai pihak pembelaan.

Lima belas wartawan, seorang daripada setiap organisasi media terpilih, diberikan pas untuk berada di dalam mahkamah sementara pas untuk mengikuti prosiding menerusi satu pautan video di bilik lain telah dikeluarkan kepada 35 wartawan lain termasuk daripada media asing.

Dengan kes berprofil tinggi ini yang menarik perhatian ramai di dalam negara dan peringkat antarabangsa, mahkamah juga menyediakan 60 pas jurugambar dan jurukamera video daripada setiap organisasi media yang ditempatkan di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.



-Bernama

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pukulan Khairulaming, Pelanggan Beratur Panjang Mahu Rasa Nasi Lemak RM1.00 Bangsudu



Wanita Ini Dedahkan Sisi Gelap Bisnes Mesin Air

Misteri Raja bertanduk dua disebut dalam al-Quran – Bhg 1

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker