Pas beri UMNO 30 hari

Pas beri UMNO 30 hari

Pas memberi tempoh sekurang-kurangnya 30 hari kepada UMNO untuk mengadakan rundingan dengan parti itu bagi pembahagian kerusi sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, walaupun ruang itu masih terbuka namun pihaknya bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk bertembung dengan kerusi UMNO.

“Kita tengok maklum balas, dari segi kita masih terbuka cuma kita tegaskan, kita bersama Perikatan Nasional (PN).

“Cuma ada tujuh kerusi, kalau bertembung ia akan merugikan beberapa pihak, saya fikir kerusi-kerusi ini sekiranya mereka nak runding, kita sedia berunding.

“Tapi kalau mereka buat keputusan bergerak solo dan lawan, kita akan hadapi.

Kita fikir tak boleh masa panjang (runding), saya rasa dalam sebulan ini,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Dalam pada itu, Pas konsisten dengan pendiriannya untuk tidak membubarkan tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah pentadbiran parti itu sekiranya kerajaan melakukan tindakan membubarkan Parlimen pada tahun ini.

“Walaupun keputusan akhir berada kepada parti tapi dari segi tempoh masa dari segi parti kita telah pun memutuskan, kalau sekiranya Parlimen dibubarkan pada tahun ini, negeri-negeri di bawah kepimpinan Pas tidak akan bubar.

“Kelantan, Terengganu, Kedah hanya akan bubar selepas Mac tahun depan. “Kalau Kerajaan Persekutuan bubar tahun ini, kita tidak akan bubar tiga negeri dan kita difahamkan tiga negeri lagi tidak bubar termasuk Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang,” katanya.

Katanya lagi, tiada keperluan untuk membubarkan Parlimen dalam masa terdekat susulan kerajaan sedia ada yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri masih stabil dan berfungsi dengan baik.

“Bagi kita situasi sekarang kena utamakan kestabilan, kemakmuran dan sebagainya. Kerajaan sedia ada yang dipimpin UMNO pun berjalan dengan baik, kita perlu meneruskan agenda yang dibuat oleh pihak kerajaan sekarang,” katanya lagi. MG

Pas beri UMNO 30 hari


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Karangan mengenai kemalangan, jadi kenyataan buat pelajar

Resepi Kuih Keria Antarabangsa Gula Melaka

Shila Amzah buat ‘perangai’ lagi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker