Gambar ‘gunung berapi mahu meletus’ di Ipoh, jadi kenangan terindah

Gambar ‘gunung berapi mahu meletus’ di Ipoh, jadi kenangan terindah

TANJUNG MALIM: “Inilah rakaman gambar yang memaparkan detik-detik panorama alam ciptaan Tuhan yang terbaik, sepanjang kerjaya saya sebagai penyumbang berita akhbar bahasa Cina sejak 10 tahun lalu,” kata warga emas, Yee Jee Kwong, 65.

Rakaman gambar dengan menggunakan telefon bimbit yang dirakamnya dan dimuat naik dalam laman Facebook mendapat pelbagai reaksi positif daripada rakan dan kenalan sejak semalam.

Rata-rata mereka rasa terkejut dan terpegun selepas melihat kepulan awan di puncak, yang menampakkan seolah kepulan asap yang keluar dari puncak bukit seperti petanda awal sebelum berlaku letusan gunung berapi.

Jee Kwong berkata, rakaman gambar yang memaparkan seolah sebuah gunung berapi bakal meletus ketika dia dalam perjalanan bersama rakan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, Perak bersama seorang wanita orang kurang upaya (OKU) masalah pendengaran bagi tujuan pemeriksaan di hospital terbabit kira-kira jam 11.00 pagi, semalam.

Beliau berkata, ketika rakannya sedang memandu di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara iaitu selepas susur keluar Plaza Tol Gopeng, tiba-tiba dia terpandang bukit berkenaan seolah-olah gunung berapi bakal meletus.

“Kepulan awan yang terbentuk di puncak bukit, menampakkan seolah-olah asap sedang keluar dari puncak gunung berapi dan detik ini biasanya terjadi sebelum gunung berapi meletus iaitu tanda-tanda awal letusan gunung berapi.

“Ketika itu, saya berada di tempat duduk penumpang depan, jadi saya sempat merakamkan gambar dengan telefon bimbit detik-detik berkenaan dan memang rasa terpegun selepas melihat panorama alam itu,” katanya ketika dihubungi, dekat sini.

Jee Kwong berkata, rakaman gambar berkenaan dikongsikan dalam akaun Facebook miliknya telah mendapat pelbagai reaksi positif daripada kenalan dan sahabat yang turut tertarik dan terpesona dengan gambar terbabit.

Katanya, sepanjang beliau menjadi penyumbang berita, inilah kali pertama dia dapat merakamkan gambar panorama alam semula jadi yang sungguh menakjubkan.

“Saya bertuah dalam ribuan pengguna lebuh raya yang melalui jalan terbabit, saya seorang sahaja yang terpilih untuk melihat kejadian alam ciptaan Tuhan.

“Rakaman gambar berkenaan akan menjadi kenangan terindah bukan sahaja sebagai penyumbang berita tetapi sebagai rakyat Malaysia yang dilahirkan di bumi bertuah ini,” katanya.

Menurutnya lagi, dia bercadang akan memproses gambar berkenaan di kedai gambar untuk dibingkai dan digantung dalam rumah sebagai kenangan terindah dalam hidupnya. BH

Gambar ‘gunung berapi mahu meletus’ di Ipoh, jadi kenangan terindah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pukulan Khairulaming, Pelanggan Beratur Panjang Mahu Rasa Nasi Lemak RM1.00 Bangsudu

Wanita Ini Dedahkan Sisi Gelap Bisnes Mesin Air

Misteri Raja bertanduk dua disebut dalam al-Quran – Bhg 1

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker