Saudi penjarakan Sheikh Saleh kerana kritik acara hiburan di negara itu

Saudi penjarakan Sheikh Saleh kerana kritik acara hiburan di negara itu

RIYADH: Mahkamah Rayuan Arab Saudi telah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun kepada bekas imam Masjidil Haram dan pendakwah terkemuka , Sheikh Saleh Al Talib.

Pihak berkuasa Saudi menahan Sheikh Saleh pada Ogos 2018, selepas didakwa menyampaikan khutbah yang mengkritik badan kerajaan yang bertanggungjawab mengawal selia industri hiburan di negara itu.



Beliau dipercayai mengecam konsert dan acara hiburan yang menyimpang daripada norma agama dan budaya mereka dalam khutbahnya.

“Mahkamah Rayuan Jenayah Khusus di Riyadh, menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun kepada Imam Masjidil Haram, Syeikh Saleh Al Talib, sekaligus membatalkan keputusan pembebasan terhadapnya,” kata Pertubuhan untuk Demokrasi di Dunia Arab (Dawn) melalui Twitter, pada Isnin.

Penahanan Sheikh Saleh dilakukan ketika Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman meneruskan usaha mereformasi masyarakat dengan menahan ulama dan imam terkemuka yang mengkritik agenda pembaharuan.

Sheikh Saleh mempunyai pengikut yang ramai di seluruh dunia, dengan ribuan menonton khutbah dan bacaan al-Qurannya di YouTube. Aw



Saudi penjarakan Sheikh Saleh kerana kritik acara hiburan di negara itu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pukulan Khairulaming, Pelanggan Beratur Panjang Mahu Rasa Nasi Lemak RM1.00 Bangsudu



Wanita Ini Dedahkan Sisi Gelap Bisnes Mesin Air

Misteri Raja bertanduk dua disebut dalam al-Quran – Bhg 1



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker