Benarkah Iskandar Zulqarnain adalah Alexander The Great? Bhg 3
Benarkah Iskandar Zulqarnain adalah Alexander The Great? Bhg 3
Mungkin ramai yang berasa keliru, benarkah Iskandar Zulqarnain yang disebut dalam al-Quran adalah juga Alexander The Great. Sedangkan dua tokoh ini mempunyai cerita sejarahnya yang berbeza.
Umum mengetahui Alexander sebagaimana gambaran pengkaji sejarah barat bukanlah ciri-ciri raja yang disebut dalam al-Quran. Baginda diceritakan sebagai seorang raja yang menyembah agama pagan atau juga menyembah berhala, tidak beriman kepada Allah, seorang pemabuk, gila kuasa dan pelbagai lagi perbuatan yang menyimpang jauh dari agama Allah.
Sebaliknya Iskandar Zulqarnain merupakan seorang pemerintah yang warak, adil, beriman serta menyembah Allah S.W.T.
Di kalangan para ulama dan sarjana berbeza pendapat mengenai perkara ini kerana terdapat perbezaan cerita mengenai Iskandar Zulqarnain mengikut versi Islam dan barat.
Lalu menjawab persoalan ini menurut Abdul Mukti Baharudin, Pensyarah Jabatan al-Quran dan Sunnah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) benar! Apabila kita menyusuri kisah Alexander the Great seperti yang dicatat oleh sarjana barat, berlaku pertentangan sifat peribadi dan agama antara keduanya. Namun dalam hal ini ia masih boleh dibahaskan.
Kebanyakan ulama tafsir dan ahli sejarah Islam cenderung mengatakan Zulqarnain juga sebenarnya adalah Alexander the Great atau al-Iskandar bin Philips al-Makedoni al-Yunani. Ini kerana al-Quran memperihalkan Zulqarnain sebagai seorang lelaki yang memiliki kerajaan hingga ke barat.
Adapun sejarah yang ditulis oleh ahli-ahli sarjana barat secara peribadinya pada Abdul Mukti barangkali tidak tepat atau mempunyai versi yang lain. Bermakna kisah tentang Alexander mempunyai dua versi cerita yang berbeza antara sudut pandang Islam dengan Barat.
Dari sudut pandang barat, mungkin ia sengaja digembarkan-gemburkan bahawa Alexander ini menyembah patung, tidak beriman, pemabuk dan sebagainya. Anologinya mudah, kita merujuk kepada kisah Adam dan Hawa.
Versi Islam, Adam dan Hawa adalah seorang yang beriman kepada Allah, menutup aurat dan sebagainya. Sedangkan bagi versi Barat, Adam dan Hawa digambarkan sebagai tidak beriman kepada Allah dan tidak mempunyai sehelai benang pun membaluti tubuh. Ini menjustifikasikan bahawa untuk kisah Alexander juga mempunyai versi kisahnya yang berbeza.
“Kerana kita tiada sumber yang khusus dan kukuh, maka sukar hendak menafikan atau mengiyakannya”
Begitu juga pandangan dari Ibnu Kathir dalam kitabnya “Bidayah wa Nihayah”. Dia menafikan keduanya adalah tokoh yang sama, meskipun punya plot cerita yang serupa iaitu kekuasaannya meliputi dari Barat hingga Timur.
Apabila memperkatakan tentang sejarah dalam kisah al-Quran, kita hanya mampu memegang pada sumber nas dari al-Quran, al-Hadis dan sumber yang sahih sahaja. Jika tiada dari sumber ini sukar untuk kita berpegang dan jadikannya hujah. Sama seperti kisah-kisah yang lain iaitu Ashabul Kahfi, Ashabul Ukhdud, kisah Nabi Khidir a.s. dan sebagainya.
Bahkan perkara yang berkaitan sejarah sememangnya ia tidak boleh disandarkan sepertimana bab mengeluarkan hukum dan ibadah. Metod sejarah perlukan kepada kajian-kajian sejarah yang konkrit untuk menyokong hujahnya.
Lagi artikel berkaitan: siri 2: Benarkah raja Iskandar Zulqarnain adalah seorang nabi dan mempunyai 2 tanduk
Namun apa yang paling penting kita haruslah beriman pada kisah dirinya dan jadikan sebagai pengajaran. Itu yang paling utama mengapa Allah menumpukan pada kisah sejarah.
Sama ada untuk mengatakan yang ini betul dan yang ini salah juga tidak boleh. Justeru hanya boleh percaya memang ia pernah berlaku.
Sebagai seorang tokoh dunia yang begitu hebat sehingga namanya disebut dalam hampir kebanyakkan peradaban besar dan utama dunia tidak mustahil setiap bangsa dan peradaban mempunyai panggilan tersendiri terhadap Iskandar Zulqarnain. Mereka juga cuba menampilkan sifat-sifat Iskandar Zulqarnain mengikut acuan serta nilai masyarakatnya.
Oleh yang demikian bukanlah sesuatu yang menghairankan jika Iskandar Zulqarnain mempunyai nama dan panggilan yang lain selain dari Iskandar Agung atau Alexander the Great. Hal ini kerana mereka semua adalah dari tokoh yang sama. Wallahu a’lam Utv
Benarkah Iskandar Zulqarnain adalah Alexander The Great? Bhg 3
Baca Artikel Menarik:
- Tanya Raja Petra – Hamzah
- Jalur Gemilang berkibar gah di Burj Khalifa (Video)
- Lyodra bakal menjadi diva
- Kenapa Rafizi tak bongkar projek terowong, kenapa ia ghaib – Puad
- Pemuda beritahu pemimpin PAS, tunjuk siapa lawan mereka
- Izham tiada adab – Noh
- Terjun tingkat 21 selepas berselisih faham dengan teman wanita
- Gambar ‘gunung berapi mahu meletus’ di Ipoh, jadi kenangan terindah
- Bakal pengantin dicekup berkhalwat
- Peguam negara perlu letak jawatan berkait surat pada hakim
- Rakan Sepasukan Dipaksa Lakukan Seks Oral Akibat Kalah Pertaruhan
- Ahli Perniagaan Dalam Buruan Jho Low Bersembunyi Di Disneyland Shanghai? [VIDEO]
- Tuan Ibrahim semakin galak ‘menyerang’ UMNO
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Karangan mengenai kemalangan, jadi kenyataan buat pelajar