Azalina letak jawatan penasihat khas PM

Azalina letak jawatan penasihat khas PM

Ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman Said meletak jawatan sebagai penasihat khas undang-undang dan hak asasi manusia kepada perdana menteri.

Menerusi kenyataan Pejabat Perdana Menteri, peletakan jawatan Azalina dibuat menerusi surat dihantar kepada Ismail Sabri Yaakob pada 29 Ogos lalu.

“Perdana menteri telah menerima peletakan jawatan dengan notis sebulan seperti yang dimaklumkan dalam surat berkenaan,” katanya.

Menurut kenyataan, Azalina diberikan notis sebulan untuk menyelesaikan tugas berkaitan kakitangannya, namun dalam tempoh itu beliau tidak lagi bertugas di pejabat Ismail kerana diberi cuti mulai 1 Sept sehingga tamat notis pada akhir bulan ini.

Ismail mengucapkan penghargaan dan terima kasih atas perkhidmatan yang telah diberikan sepanjang tempoh beliau berkhidmat.

Pada taklimat khas presiden Umno baru-baru ini, Azalina menegur Ismail berhubung pengekalan Idrus Harun sebagai peguam negara susulan pemenjaraan bekas perdana menteri Najib Razak.

Menurut Azalina, kuasa peguam negara adalah sangat besar dan “tidak boleh dipertikaikan”.

“Sesiapa yang jadi perdana menteri akan melantik ‘orang dia’ untuk jadi peguam negara,” katanya.

Komen Azalina mendapat kritikan daripada Bersih, Ahli Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham, Naib Presiden Bersatu Radzi Jidin dan Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari.

Menurut mereka, komennya itu bercanggah dengan seruannya sebelum ini agar pembaharuan dilaksanakan di Jabatan Peguam Negara, serta membuktikan bahawa Umno dan Barisan Nasional (BN) mempunyai kawalan atas penjawat awam.

Azalina dilantik sebagai penasihat khas perdana menteri pada 2 Okt tahun lepas.

Beliau melepaskan jawatan sebagai timbalan speaker Dewan Rakyat pada 23 Ogos tahun sama, seminggu selepas Muhyiddin Yassin meletak jawatan sebagai perdana menteri. FMT

Azalina letak jawatan penasihat khas PM


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Karangan mengenai kemalangan, jadi kenyataan buat pelajar

Resepi Kuih Keria Antarabangsa Gula Melaka

Shila Amzah buat ‘perangai’ lagi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker