Orang Pas tak patut seronok musibah menimpa Najib – Khairuddin

Orang Pas tak patut seronok musibah menimpa Najib – Khairuddin

Pemimpin dan ahli Pas tidak sepatutnya berseronok atas musibah yang menimpa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali mengingatkan bahawa banyak jasa yang ditinggalkan oleh Najib terhadap Pas dan pemimpin-pemimpinnya.



“Saya rasa sahabat-sahabat saya dalam Pas perlu diperingatkan dengan jasa Najib memudahkan peruntukan untuk Kelantan sebelum 2018, sesuatu yang tidak berlaku di era Perdana Menteri sebelumnya.

“Jasa Najib juga menggerakkan rang undang-undang (RUU) 355 yang dibentang oleh Tuan Guru Presiden di Parlimen.

“Jasa Najib memberi ruang kepada Pas beraksi dalam program besar peringkat dunia melibatkan 200 orang ulama besar dunia di Festival MyAqsa di Putrajaya sehingga Presiden boleh memberi ucaptama,” katanya dalam hantaran Facebook miliknya, hari ini.

Beliau yang juga bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas menambah, di Terengganu, laluan diberikan oleh kerajaan UMNO di negeri itu dengan arahan Najib untuk Pas menganjurkan program-program besar termasuk Himpunan Fastaqim di Tok Jembal pada September 2017 yang menghimpunkan 300,000 ahli Pas dari seluruh negara..



Mohd. Khairuddin berkata, ketika beberapa pemimpin Pas secara peribadi menghadapi masalah kesihatan, Najib juga secara peribadi membantu atas nama pemimpin negara.

“Saya melihat masih ada dalam Pas yang berseronok atas musibah Najib walaupun Mursyidul Am telah memberi garis panduan kepada ahli dalam isu mahkamah Najib,” jelasnya.

Beliau membangkitkan perkara itu agar semua pemimpin dan ahli Pas belajar erti bersimpati terhadap mereka yang diuji dengan musibah khususnya mereka yang ada sedikit kebaikan seperti ajaran al-Quran yang bermaksud ‘jangan kamu lupakan kebaikan sesama kamu’. MG

Orang Pas tak patut seronok musibah menimpa Najib – Khairuddin




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pukulan Khairulaming, Pelanggan Beratur Panjang Mahu Rasa Nasi Lemak RM1.00 Bangsudu



Wanita Ini Dedahkan Sisi Gelap Bisnes Mesin Air

Misteri Raja bertanduk dua disebut dalam al-Quran – Bhg 1



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker