Mahkamah: Shahrir beri RM63,800 baiki bumbung projek terbengkalai

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu, seorang kontraktor pembinaan menerima wang berjumlah RM63,800 daripada Tan Sri Shahrir Ab. Samad bagi membaik pulih bumbung tiga blok bangunan Projek Puri Langkasuka di Larkin, Johor.

Mustapha Ali, 63, berkata, beliau menerima wang tersebut menerusi sekeping cek daripada seorang peniaga, Syed Mohsin Syed Sagaf pada akhir Mac 2014 setelah kerja-kerja membaik pulih projek terbengkalai tersebut selesai dilaksanakan.

“Saya telah mendepositkan cek tersebut ke dalam akaun Public Islamic Bank atas nama Zam Engineering & Construction milik isteri saya, Hamidah Basir dan Nur Faizah Zulkifli iaitu anak kepada rakan saya.



“Semua wang yang didepositkan berjumlah RM63,800 telah saya kembalikan kepada Syed Mohsin melalui tiga keping cek Public Islamic Bank,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya pada perbicaraan kes bekas pengerusi Felda itu yang berdepan pertuduhan gagal mengisytiharkan RM1 juta yang diterima daripada Najib kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Saksi pendakwaan ke-13 itu berkata, beliau mengemukakan surat sebut harga berjumlah RM63,800 kepada Shahrir atas arahan Syed Mohsin dan tuntutan tersebut telah dibuat atas nama Zam Engineering & Construction.

Ujarnya, Syed Mohsin memintanya menyediakan surat sebut harga kepada Shahrir kerana beliau telah menggunakan wang peribadinya sebagai pendahuluan untuk membeli barang-barang membaiki bumbung serta membayar upah pekerja.



Mustapha berkata, semasa perjumpaan sekitar Oktober 2013, beliau dan Syed Mohsin berbual mengenai perkembangan kerjaya masing-masing dan Syed Mohsin memberitahu ada membuat kerja membaik pulih Projek Puri Langkasuka atas arahan Shahrir.

Menurut Mustapha, Syed Mohsin telah bersetuju supaya beliau (Mustapha) melakukan kerja pembaikan bumbung bagi tiga blok bangunan yang terbengkalai dan pembayaran akan dibuat oleh Shahrir sendiri.

Sementara itu, Mustapha bersetuju dengan peguam Syahrul Syazwan Salehin yang mewakili Shahrir bahawa kerja-kerja membaik pulih bumbung tiga blok bangunan itu adalah projek yang terbengkalai.

Saksi itu berkata beliau tidak pasti sama ada Syed Mohsin ada memaklumkan kepadanya semasa perjumpaan tersebut bahawa projek tersebut bertujuan untuk memindahkan penduduk setinggan ke tempat yang lebih selesa dan baik.



Shahrir, 72, didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan tidak melaporkan pendapatan sebenar dalam borang cukai pendapatan yang bertentangan dengan Seksyen 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Kesalahan itu didakwa tidak mengisytiharkan pendapatan diterima daripada Najib berjumlah RM1 juta melalui sekeping cek yang kemudian dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di LHDN Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini pada 25 April 2014.

Tuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.



Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin bersambung esok

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu Puteri Balqis Bongkar Sikap Jahat Bekas Suami (Video)

Bapa Puteri Balqis lapor polis isu gangguan seksual

Khairy bertanding di Seremban? Pasti panas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker