UMNO tahu yang mana lawan dan kawan sebenar
Keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan ke atas Najib Razak dalam kes SRC International merupakan detik duka buat Umno, kata presidennya, Ahmad Zahid Hamidi.
Menurut Zahid, parti itu tidak akan berputus asa dan akan terus berjuang bersama bekas perdana menteri itu.
“Semangat Datuk Seri Najib takkan pudar, perjuangan Umno tetap segar.
“Kami berada di luar dan dalam mahkamah tadi (Semalam) turut berasa sangat hiba, ada yang sebak dan teresak-esak menangis dari hati yang luhur. Namun ini tidak bermakna kami berputus asa.
“Semoga Datuk Seri Najib diberikan ketabahan dan kekuatan dalaman dalam menghadapi dugaan ini.
“Sebagai pejuang tulen tidak mudah beliau patah semangat dan berjuang terus berjuang,” kata Zahid dalam hantaran di Facebooknya malam tadi.
‘Tiada pengkhianatan sesama kita’
Menurut Zahid, mesyuarat Biro Politik Umno akan diadakan dalam masa terdekat, sambil mengingatkan bahawa pihaknya “tahu mana kawan, dan mana lawan’.
“Kita akan bertindak rasional terus akur dengan kehendak keputusan parti. Biro Politik akan diadakan dalam masa paling terdekat.
“Tiada pengkhianatan sesama kita! Kita tahu yang mana lawan dan kawan sebenar!
“Maka ayuh kita bangkit mengharungi onak dan duri, api perjuangan kita terus semarakkan. Marilah kita bangkit bersatu hati dan tenaga agar perjuangan Datuk Seri Najib terus menyala-nyala.
“Walaupun di belakang duri di hadapan api! Kita tempuh bersama-sama!” katanya yang memetik sajak Sasterawan Negara, Usman Awang.
Semalam Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara selama 12 tahun serta denda RM210 terhadap Najib berhubung penyelewengan dana SRC International RM42 juta.
Jika gagal menjelaskan denda tersebut, hukuman penjara akan ditambah lima tahun lagi.
Selepas mahkamah menyampaikan keputusannya, Najib terus dibawa ke Kompleks Penjara Kajang untuk menjalani hukuman petang semalam.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Sokongan ketua hakim negara terhadap ‘Walk of Justice’ petunjuk berat sebelah – Hisyam
- Hadi hanya cetus kebangkitan pengundi bukan Melayu – penganalisis
- BN boleh bentuk kerajaan jika menang 16 kerusi Parlimen Perak – Tok Mat
- Apple lancar iPhone 14 seawal 7 September
- Anak CFO Dialog Group Bhd nafi ibu terlibat kontroversi LCS
- Pelajar didakwa cederakan diri selepas dipaksa buat seks oral
- Peragut terlepas peluang curi jam Rolex bernilai setengah juta dalam Bugatti
- Peserta acara larian maut dipanah petir
- Samsung Galaxy S23 Ultra Disahkan Akan Jadi Peranti Pertama Dilengkapi Kamera 200-Megapixel
- Libasan maut depan rumah
- Afdlin Shauki Dedah Punca Bercerai
- Ali Reza punca penceraian rumah tangga pelakon?
- Bukan Zainab yang tular tapi Zainab lain – Rafizi
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Noh Salleh buat ‘catwalk’ dengan rokok di mulut di KLFW2022 (Video)
You must be logged in to post a comment.