USIM, Nurflix jalin kerjasama hasil dokumentari al-Quran dan sains

USIM, Nurflix jalin kerjasama hasil dokumentari al-Quran dan sains

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menjalinkan kerjasama dengan sebuah platform penstriman televisyen dalam talian, Nurflix Sdn. Bhd. agi menghasilkan sebuah dokumentari al-Quran dan Sains pada hujung tahun ini.

Naib Canselor USIM, Prof. Dr. Sharifudin Md. Shaarani berkata, buat julung kalinya kerjasama itu menggabungkan kedua-dua pihak yang mana masing-masing mempunyai kepakaran tersendiri.



“Melalui kerjasama ini, USIM dan Nurflix akan bersama-sama menghasilkan sebuah dokumentari bagi merungkai rahsia berkaitan al-Quran dan Sains yang akan turut melibatkan penyelidik dalam kalangan akademik universiti.

“Kerjasama ini juga akan melibatkan program penempatan latihan industri pelajar di dalam industri,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara USIM dan Nurflix di Nilai di sini hari ini.

Sharifudin berkata, sebanyak 12 tajuk utama akan dimasukkan di dalam kandungan dokumentari berkenaan yang bakal disiarkan pada Januari 2023.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Nurflix, Syah Rizal Mohamed berkata, penghasilan dokumentari berkenaan membolehkan penonton melihat kandungan berasaskan al-Quran dan Sains hasil penyelidikan dan kepakaran USIM.



“Kami berharap penyediaan manuskrip oleh pakar akademik ini dapat ditonton secara dalam talian. Insya-Allah pada bulan Januari 2023, dokumentari mahupun sebuah filem pendek akan dihasilkan melalui kolaborasi ini,” katanya. K Online

USIM, Nurflix jalin kerjasama hasil dokumentari al-Quran dan sains


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Kangkong Diharamkan Di Amerika, Ini Sebabnya (Video)

Suami Hana dari ‘neraka’



Noh Salleh buat ‘catwalk’ dengan rokok di mulut di KLFW2022 (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker