Najib dijangka hadir prosiding kes 1MDB esok

Najib dijangka hadir prosiding kes 1MDB esok

Datuk Seri Najib Razak akan hadir prosiding kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bernilai RM2.3 bilion di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah esok.

Ketika ini, Ahli Parlimen Pekan itu sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak semalam selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas kesalahan menyeweleng dana SRC International (SRC).



Selain esok, pada Jumaat ini, Najib akan menghadiri prosiding kes meminda laporan audit 1MDB bersama-sama bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kanda Kandasamy di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan.

Untuk makluman, dua lagi kes yang dihadapinya ialah penggubahan wang haram membabitkan RM27 juta dana SRC yang prosidingnya sedang ditangguhkan oleh pendakwaan bagi mengikuti terlebih dahulu perkembangan keputusan SRC semalam.

Manakala satu lagi kes membabitkan Najib dan bekas Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd. Irwan Serigar Abdullah yang didakwa atas enam pertuduhan pecah amanah harta kerajaan berjumlah RM6.6 bilion yang akan diperdengarkan pada tahun hadapan.

Pastinya kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini akan menjadi tumpuan pelbagai pihak khasnya media esok yang mahu membuat liputan Najib menghadiri prosiding mahkamah selepas dipenjarakan.



Difahamkan pengurusan mahkamah sudah mula membuat persiapan serta kawalan keselamatan bagi memastikan semuanya berjalan dengan lancar. MG

Najib dijangka hadir prosiding kes 1MDB esok


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Suami Tengku Maimun buat hantaran negatif, bimbang pengaruhi keputusan pertuduhan – Najib

Amelia Henderson Terlalu Seksi, Peminat Doa Ada Lelaki Boleh Bimbingnya



Penyanyi Lelaki Selamba Cium BCL Atas Pentas Dikecam Netizen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker