Adakah sekadar membaca terjemahan Al-Quran dikira sebagai tilawah?

Adakah sekadar membaca terjemahan Al-Quran dikira sebagai tilawah?

Membaca terjemahan Al-Quran dibenarkan namun membaca Al-Quran dengan betul adalah satu tuntutan. Ini penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan berkenaan membaca terjemahan Al-Quran kerana tidak lancar dan bimbang tersalah sebutan dan hukum tajwid.

Ikuti penjelasannya.

Soalan :

Assalamualaikum ustaz. Saya ada satu persoalan. Sekiranya kita membaca Al-Quran tidak lancar dan takut tersalah sebut makhraj atau hukum tajwid, adakah boleh sekadar baca terjemahan Al-Quran?

Ringkasan jawapan :

Waalaikumusalam. Dibenarkan membaca terjemahan Al-Quran tanpa membaca ayat-ayatnya terlebih dahulu. Namun demikian,Membaca Al-Quran dengan betul adalah satu tuntutan. Bagi membetulkan bacaan Al-Quran maka wajib untuk mempelajari ilmu tajwid. Ini berdasarkan kaedah :

مَا لَا يَتِمُّ إِلَّا بِهِ فَهُوَ وَاجِبٌ

Maksudnya : “Apa yang tidak sempurna kewajipan melainkan dengan perkara tersebut. Maka perkara tersebut juga adalah wajib.”

Berdasarkan kaedah ini, mempelajari ilmu tajwid adalah wajib yang mana ianya bertujuan agar bacaan Al-Quran boleh diperbaiki. Begitu juga, amat perlu untuk mencari seorang guru yang boleh membantu kita memperbaiki kualiti bacaan Al-Quran.

Namun begitu, tidak dinafikan bahawa membaca terjemahan juga adalah satu usaha untuk membaca dan memahami Al-Quran.Ia adalah satu usaha yang bagus dan dipuji namun asasnya adalah membaca Al-Quran dengan bahasa asalnya iaitu bahasa Arab tidak cukup dengan hanya membaca terjemahan. Tiada alasan untuk tidak membaca Al-Quran dalam bahasa arab. Segala usaha untuk mempelajari bacaan dan pemahaman ayat-ayat Al-Quran.

Semoga Allah memberikan kekuatan untuk sentiasa mendampingi Al-Quran.Wallahu’alam.”

Sumber : Mufti Wilayah

Adakah sekadar membaca terjemahan Al-Quran dikira sebagai tilawah?


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Suami Tengku Maimun buat hantaran negatif, bimbang pengaruhi keputusan pertuduhan – Najib

Amelia Henderson Terlalu Seksi, Peminat Doa Ada Lelaki Boleh Bimbingnya

Penyanyi Lelaki Selamba Cium BCL Atas Pentas Dikecam Netizen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker