Pertemuan pemimpin tertinggi UMNO di Putrajaya malam ini

Pemimpin tertinggi Umno dijangka akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob di Seri Perdana, Putrajaya malam ini.

Menurut sumber dalaman Umno, pertemuan itu dibuat selepas perdana menteri yang juga ketua Umno Bera tidak hadir pada pertemuan tergempar di ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur hari ini.

“Malam ini dijangka pemimpin tertinggi Umno termasuk lima tertinggi akan mengadakan pertemuan dengan perdana menteri di kediaman rasmi.

“Ia susulan ketiadaan perdana menteri dalam pertemuan tergempar ketua Umno bahagian bersama pucuk pimpinan parti hari ini.

Antara wartawan yang berkampung di ibu pejabat Umno hari ini

“Pada pertemuan yang berlangsung hari ini majoriti ketua Umno bahagian bersetuju supaya PRU ke-15 diadakan secepat mungkin,” katanya kepada Malaysiakini.

Difahamkan Ismail Sabri yang juga naib presiden Umno tidak dapat hadir kerana tugas rasmi yang telah dijadualkan.

Panggilan pertemuan ketua Umno  bahagian hari ini diadakan secara mengejut apabila notis mengenainya diberikan malam tadi.

Ketua Umno Sungai Besar Jamal Md Yunos ketika ditemui berkata ketua Umno bahagian yang hadir hari ini sebulat suara bersetuju supaya PRU ke-15 diadakan segera.

Sementara itu, sumber Pejabat Perdana Menteri (PMO) ketika dihubungi memaklumkan pertemuan dengan pemimpin tertinggi Umno masih tiada dalam jadual Ismail Sabri.

Sebaliknya malam ini, Ismail Sabri dijadual untuk menghadiri majlis makan malam di satu lokasi di luar Putrajaya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Apa jadi dengan kertas siasatan Hakim Nazlan?

Najib lafaz sumpah laknat

Keikhlasan dibayar pengkhianatan – Najib Razak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker