PRU15: PM bimbang ‘Parlimen tergantung’ jika tiada parti raih majoriti mudah

PRU15: PM bimbang ‘Parlimen tergantung’ jika tiada parti raih majoriti mudah

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menyatakan kebimbangan berlakunya ‘Parlimen tergantung’ sekiranya tiada parti mampu membentuk majoriti mudah 112 kerusi, selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Katanya, sekiranya ia berlaku, maka gabungan kerjasama politik perlu dibentuk semula antara parti politik tertentu.



Beliau berkata, sekiranya tidak mampu membentuk kerajaan secara bersendirian, Barisan Nasional (BN) perlu menguasai sebahagian besar kerusi dan tidak boleh bergantung kepada 20 ke 30 kerusi yang akhirnya akan menjurus kepada pertembungan.

“Saya lebih lihat, selepas pilihan raya, (apa yang) lebih membimbangkan, ramai penganalisis politik (meramal) bahawa tidak ada parti akan menguasai sepenuhnya yang boleh menubuhkan kerajaan secara bersendiri… itu yang membimbangkan.

“Kalau tidak boleh tubuhkan kerajaan secara bersendiri iaitu satu kumpulan mempunyai lebih 112 (kerusi), kalau tidak ada, maka tentu sahaja akan wujud ketidakstabilan.

“Kita akan mempunyai Parlimen Tergantung atau ‘Hung Parliament’ di mana tidak ada siapa mempunyai majoriti menubuhkan kerajaan, sebab itu perlu ada gabungan baru antara parti-parti politik,” lapor Astro Awani.



Ketika diminta mengulas sama ada bayangan kerjasama parti politik itu seperti yang dijalin kerajaan ketika ini, perdana menteri berkata, ia bergantung kepada jumlah kerusi yang berjaya dimenangi sesebuah parti.

“Ini yang kita bimbangkan. Kalau tidak ada gabungan terbentuk, maka Parlimen akan tergantung, sebab itu bagi saya perlu ada parti yang mempunyai dominasi.

“Kalau tidak 112 (kerusi), sekali pun sekurang kurangnya ‘single biggest majority’, biar besar… tidak boleh hanya 20-30 kerusi yang akhirnya akan berlaku pertembungan,” katanya. FMT

PRU15: PM bimbang ‘Parlimen tergantung’ jika tiada parti raih majoriti mudah




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ketua polis trafik mengamuk dakwa petugas media sentuh punggung isteri



Nabil Terduduk Tiket Konsert Billie Eilish ‘Burn’ Hampir RM3,000 (Video)

MYDIN Sambut Ulang Tahun Ke-65 Dengan Promosi Serendah 65 Sen



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker