Bukan Islam, bukan Bumiputera jadi majoriti perosak politik, ekonomi negara – Hadi

Bukan Islam, bukan Bumiputera jadi majoriti perosak politik, ekonomi negara – Hadi

Golongan bukan Islam dan bukan Bumiputera dikatakan kumpulan majoriti menjadi perosak politik dan ekonomi negara, dakwa Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Beliau juga memberi perbandingan melawan rasuah dengan usaha mencegah “penyakit denggi”.



Katanya, mencegah denggi bukan sekadar merawat pesakit dan membunuh nyamuknya, tetapi juga bertindak terhadap takungan air yang membiakkan nyamuk dan manusia yang tidak menjaga kebersihan.

“Begitulah juga dengan usaha menangani penyakit rasuah, ia wajib dilakukan secara holistik supaya tidak menjadi wabak apabila diambil tindakan yang tidak menyeluruh sehingga ke akar umbinya. Khususnya, terhadap mereka yang menjadi punca rasuah kerana mengejar harta secara haram.

“Sehinggakan, dalam kalangan mereka itulah yang menguasai ekonomi negara lalu menggunakannya bagi merosakkan politik, urusan pentadbiran dan kehakiman. Malah, mereka juga golongan yang paling besar merosakkan politik dan ekonomi negara, majoritinya daripada kalangan bukan Islam dan bukan Bumiputera,” katanya dalam kenyataan.

Hadi berkata, banyak laporan dalam senarai panjang telah dihukum menerima rasuah, termasuk mereka yang masih dalam tuduhan yang belum dibuktikan, tetapi dihukum oleh media sebelum proses kehakiman diselesaikan.



Katanya, ada juga kalangan mereka yang nasibnya menjadi kambing hitam yang disembelih menjadi korban atau yang menjadi proksi kepada penyangak yang sebenarnya bersembunyi melakukan rasuah yang lebih besar jumlahnya sehingga berlipat kali ganda.

“Adapun dalam kalangan yang memberi rasuah itu pula tidak kelihatan, mungkin senarainya lebih panjang dan jumlahnya lebih ramai. Ayat al-Quran dan hadis yang dinyatakan mendahulukan laknat terhadap sesiapa yang memberi rasuah. Barangkali kalangan inilah yang paling besar menguasai ekonomi negara dan mempengaruhi politiknya dengan cara yang haram,” katanya.

Beliau berkata, selain itu, ada dalam kalangan membiayai politik wang bagi mengangkat sesiapa yang tidak layak menjadi pemimpin kerana jahil atau fasiq.

“Oleh yang demikian, disebabkan pemimpin sedemikian rupa boleh dipergunakan selepasnya, amalan khianat yang paling bahaya kerana menjadi sumber segala penyelewengan dan kezaliman,” katanya.



Mengulas lanjut, Hadi berkata golongan mengamalkan politik wang tidak akan memilih pemimpin dan pentadbir berintegriti.

“Sifat integriti itu hanya terdapat pada kalangan mereka yang beriman dan budiman bukan sekadar mempunyai ilmu sahaja, malah kini mereka yang memiliki sijil atau ijazah pun boleh terlibat dengan rasuah,” katanya sambil menegaskan semua pihak yang ada kaitan dengan penyelewengan rasuah adalah berdosa besar.

Oleh itu katanya, semua golongan yang terlibat dengan rasuah mesti dihapuskan. FMT

Bukan Islam, bukan Bumiputera jadi majoriti perosak politik, ekonomi negara – Hadi




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ketua polis trafik mengamuk dakwa petugas media sentuh punggung isteri



Nabil Terduduk Tiket Konsert Billie Eilish ‘Burn’ Hampir RM3,000 (Video)

MYDIN Sambut Ulang Tahun Ke-65 Dengan Promosi Serendah 65 Sen



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker