KJ maklumkan 92% kes tunggak bukan Covid-19 berjaya selesai

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) berjaya menyelesaikan kes rawatan tertunggak bukan Covid-19 di hospital kerajaan di seluruh negara sebanyak 92% setakat ini daripada jumlah 57,355 kes dilaporkan, pada September 2021.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata kementerian kini dalam usaha untuk menyelesaikan baki 4,833 kes rawatan yang tertunggak itu dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata, penyelesaian kes tertunggak itu disumbangkan oleh beberapa inisiatif KKM termasuk penyumberluaran pesakit hospital kerajaan ke hospital swasta.

“Sebab itu kita melakukan penyumberluaran (ke) hospital swasta. Kalau kita tengok hospital awam penuh (dan) hospital swasta kosong, jadi pesakit bukan Covid-19 kita hantar kepada hospital swasta.

Alhamdulillah, setelah kita melaksanakan langkah tersebut, pada September dan Oktober (2021), keadaan semakin baik dan kes semakin menurun,” katanya pada Simposium Keluarga Malaysia bertajuk ‘Keluarga Malaysia Menangani Cabaran Kesihatan’.

Sementara itu, Khairy turut mengumumkan sejumlah 4,053 pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi telah berjaya ditawarkan lantikan tetap oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), setakat minggu lalu.

Katanya, jumlah perlantikan itu merupakan urusan pengambilan jawatan tetap terbesar pernah dilaksanakan, sejak 2016.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ketua polis trafik mengamuk dakwa petugas media sentuh punggung isteri

Nabil Terduduk Tiket Konsert Billie Eilish ‘Burn’ Hampir RM3,000 (Video)

MYDIN Sambut Ulang Tahun Ke-65 Dengan Promosi Serendah 65 Sen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker