Usul Muktamar PAS hanya memperkukuhkan MN tiada usul penamatan kerjasama

 

ALOR SETAR: PAS tidak menerima sebarang usul berkaitan menamatkan hubungan kerjasama dengan Umno menerusi Muafakat Nasional (MN) untuk dibawa dan diputuskan pada Muktamar Tahunan PAS kali ke-68 pada 3 dan 4 Sept ini.

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan, sebaliknya berkata terdapat PAS peringkat kawasan yang menghantar usul berkaitan mengukuhkan penyatuan ummah dan MN sejajar dengan pendirian parti itu.

“Kita ada 197 kawasan PAS di seluruh negara yang menghantar usul kepada PAS Pusat dan setakat ini kita belum memuktamadkan usul-usul diterima tanpa bahas dan usul-usul yang akan dibahaskan pada muktamar kali ini.

“Antara usul yang memang dibangkitkan ialah berkenaan MN tapi tidak lebih daripada kita menekankan isu penyatuan ummah dan setakat ini tiada usul diterima bercanggah dengan pendirian PAS,” katanya pada sidang media, semalam.

Beliau berkata pendirian PAS berkaitan penyatuan ummah amat jelas yang bukan sahaja terhad dengan Umno, tetapi juga parti lain dalam menjamin kestabilan politik demi kesejahteraan negara.

Takiyuddin berkata PAS juga sedang berusaha mencari jalan bagi mengelak pertembungan dengan Umno pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) yang dilihat akan merugikan dalam konteks penyatuan ummah.

“Kita masuk pilihan raya kita mahu menang, ada situasi apabila pertandingan lebih dua penjuru, kedua-dua pihak yang terlibat dalam penyatuan ummah ini kalah dan yang menang pihak ketiga, jadi saya boleh mengesahkan bahawa usaha untuk mengelakkan perkara itu menjadi keutamaan kita,” katanya.

Sementara itu, Takiyuddin berkata seramai 1,300 perwakilan akan menyertai muktamar tahunan kali ini yang akan berlangsung di Kompleks PAS Kedah, yang berkemungkinan menjadi muktamar terakhir parti itu sebelum PRU15 akan datang.

Selain itu, beliau berkata PAS turut menjemput wakil daripada semua parti komponen dalam Perikatan Nasional, pimpinan tertinggi Umno serta pengerusi Gerakan Tanah Air Dr Mahathir Mohamad.

“Kita turut menjemput perwakilan daripada parti-parti politik luar negara terutama yang melibatkan gerakan Islam, wakil kedutaan di negara ini…bagaimanapun setakat ini semua jemputan belum ada lagi pengesahan kehadiran,” katanya.

Beliau berkata sejajar dengan muktamar kali ini, PAS turut mengadakan Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat, Muktamar Dewan Ulama PAS, Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat, Konvensyen Dewan Himpunan Pendukung PAS dan Konvensyen Assabiqun (veteran) PAS pada 1 dan 2 Sept.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ketua polis trafik mengamuk dakwa petugas media sentuh punggung isteri

Nabil Terduduk Tiket Konsert Billie Eilish ‘Burn’ Hampir RM3,000 (Video)

MYDIN Sambut Ulang Tahun Ke-65 Dengan Promosi Serendah 65 Sen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker