PRU15: BN hilang peluang menang jika bukan tahun ini – Isham Jalil

Barisan Nasional (BN) akan hilang peluang untuk menang jika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak diadakan pada tahun ini.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil berkata, ketika ini momentum berpihak kepada gabungan itu setelah beberapa siri kemenangan Pilihan Raya Kecil (PRK) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang diadakan sebelum ini.

Beliau berpendapat, selagi PRU15 belum diadakan pelbagai penipuan dan fitnah akan dilakukan pihak pembangkang sekali gus menyukarkan BN.



“Makin lama kita menunggu, bermacam-macam penipuan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) perlu kita tepis, ini yang mereka mahukan sebenarnya supaya kita lebih defensif.

“Keyakinan kita untuk menang PRU ada (sekiranya diadakan segera), tapi sama ada boleh menang dua pertiga, itu kita tak boleh cakap lagi,” katanya ketika mengulas desakan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mahukan PRU15 segera diadakan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Ceramah Khas Menyantuni Pimpinan Masyarakat Parlimen Johor Bahru di Dewan Jubli Perak Bandar Baru Uda pada Sabtu.

Dalam pada itu, Isham berkata, walaupun begitu beliau tidak mahu jentera parti terlalu selesa hingga mengambil mudah, sebaliknya perlu berusaha untuk memenangi seberapa banyak kerusi pada PRU15 nanti.



Menurutnya, tindakan melengah-lengahkan PRU hanya akan memberi ‘senjata’ kepada pembangkang yang ketika ini menyerang menggunakan pelbagai persepsi untuk menggugat keyakinan akar umbinya.

“Sebab itu, tidak ada satu pun pembangkang minta bubar Parlimen walaupun dahulu selalu memperlekeh kerajaan yang ada sekarang bukan mandat rakyat, kerajaan pintu belakang dan sebagainya.

“Kebimbangan pembangkang dapat dilihat apabila bekas Perdana Menteri PH, Tun Dr Mahathir Mohamad terpaksa mengakui bahawa pendirian UMNO yang mahukan PRU15 diadakan lebih awal kerana yakin rakyat masih memandang tinggi terhadap UMNO,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, UMNO dan BN perlu mengekalkan momentum sebelum ini iaitu membawa isu yang dekat dengan rakyat serta berkempen secara positif sepertimana pada PRN Melaka dan PRN Johor.



“Kita bukannya berkempen dengan menyebarkan kebencian seperti PH dan berkempen secara negatif, sebaliknya menjawab isu-isu dibangkitkan.

“Jadi, kita buat apa yang kita hendak buat demi kebaikan rakyat bersama, menstabilkan ekonomi dan perbanyakan peluang pekerjaan membantu rakyat yang terkesan,” ujarnya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ketua polis trafik mengamuk dakwa petugas media sentuh punggung isteri



Nabil Terduduk Tiket Konsert Billie Eilish ‘Burn’ Hampir RM3,000 (Video)

MYDIN Sambut Ulang Tahun Ke-65 Dengan Promosi Serendah 65 Sen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker