Parti Zuraida tekad bertanding 14 kerusi parlimen

SHAH ALAM – Parti Bangsa Malaysia (PBM) merancang untuk bertanding di 14 kerusi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 dengan masing-masing tujuh kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Bakal Presidennya, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, PBM yang merupakan parti pro-Barisan Nasional (BN) akan mempertahankan kesemua kerusi sedia ada yang dimenangi ketika bertanding di bawah parti politik lain pada PRU14.

“Kami tidak meminta lebih daripada kerusi yang sedia ada. Kami akan beri tumpuan kepada kerusi terbabit.

“Kami adalah pemimpin yang berpengalaman tetapi parti ini baru. Sekarang, kami mempunyai masa yang singkat sebelum menghadapi pilihan raya, jadi kami hanya menumpukan kepada kerusi yang sudah ada.

“Jadi tujuh kerusi DUN dan tujuh kerusi parlimen,” katanya menurut laporan MalayMail pada Sabtu.

Zuraida memaklumkan PBM telah memulakan kempen ke seluruh negara di tiga negeri iaitu Perak, Selangor dan Johor untuk meningkatkan sokongan pengundi di kawasan yang diwakili beberapa pemimpin parti itu iaitu tiga di Parlimen dan lima di DUN.

Antara pemimpin PBM yang mempunyai kerusi ketika ini ialah Zuraida yang merupakan Ahli Parlimen Ampang; Presiden PBM, Larry S’ng (Ahli Parlimen Julau) dan Steven Choong (Ahli Parlimen Tebrau).

Di Selangor, Timbalan Presiden PBM, Haniza Mohamed Talha merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya; Ketua Wanita PBM, Dr Daroyah Alwi (ADUN Sementa) manakala di Perak pula A Sivasubramaniam (ADUN Buntong), Leong Cheok Keng (ADUN Malim Nawar) dan Paul Yong Choo Kiong (ADUN Tronoh).

Pada PRU lalu, hanya Sivasubramaniam dan Cheok Keng bertanding atas tiket DAP manakala selebihnya bertanding di bawah Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Zuraida bagaimanapun tidak mendedahkan empat kawasan Parlimen dan dua DUN yang menjadi sasaran PBM.

Mengulas mengenai status kemasukan PBM ke dalam BN, Zuraida berkata, beliau menerima keputusan pimpinan gabungan itu yang mahu mengkaji dengan lebih terperinci berkenaan perkara tersebut.

“Saya menyokong keputusan itu kerana isu gabungan dan pilihan raya akan datang memang memerlukan perbincangan lebih mendalam supaya semua strategi dapat digabungkan dan diselaraskan. Jadi itulah niat mereka untuk memperhalusi.

“Jadi saya menunggu mereka memanggil mesyuarat untuk menggariskan apa yang perlu dibentangkan dan sebagainya,” ujar beliau.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ketua polis trafik mengamuk dakwa petugas media sentuh punggung isteri

Nabil Terduduk Tiket Konsert Billie Eilish ‘Burn’ Hampir RM3,000 (Video)

MYDIN Sambut Ulang Tahun Ke-65 Dengan Promosi Serendah 65 Sen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker