Nur Sajat Buat ‘Medical Review’, Ajar Jangan Meneran Elak Buasir…Doktor Ini Pun Mengulas [VIDEO]

Nur Sajat Buat ‘Medical Review’, Ajar Jangan Meneran Elak Buasir… Doktor Ini Pun Mengulas [VIDEO]

SIAPA yang tidak kenal dengan usahawan kosmetik kontroversi, Nur Sajat Kamaruzzaman?

Sungguhpun kini menetap jauh di Australia, Nur Sajat atau lebih dikenali sebagai Sajat kerap berinteraksi dengan pengikutnya dan netizen dari Malaysia menerusi aplikasi TikTok.

Kerap berkongsi video aktivitinya di negara kanggaru tersebut, namun salah satu videonya yang membicarakan masalah buasir mendapat perhatian ramai, termasuk doktor.

Tangkap layar video ‘medical review’ yang dibuat oleh Sajat.

Bersetuju dengan pendapat usahawan tersebut, seorang doktor, Dr Muhamad Hazwan Nazri tampil mengulas lebih lanjut dari segi perubatan mengenai masalah buasir yang dihadapi oleh kebanyakan individu.

VIDEO DIBAWAH:-

“Sebenarnya ia ada mekanisme sendiri. Pertama sekali, cuba kenal pasti dulu najis anda. Berdasarkan Bristol Tool Chart (carta najis Bristol) di mana doktor nak lihat kesihatan usus anda.

“Anda membuang dan najisnya bagaimana? Itu semua main peranan. Di dalam carta ini ada tujuh jenis najis. Untuk kedudukan pertama dan kedua, bermakna najis anda keras.

“Kedudukan lima, enam dan tujuh, berdasarkan carta tersebut, najis anda kategori cirit birit. Najis yang normal adalah pada kedudukan ketiga dan keempat sahaja.

Carta Najis Bristol menghuraikan mengenai jenis dan ciri-ciri najis.

“Jadi jika najis anda pada kedudukan tiga dan empat, tidak perlu teran kerana ia akan keluar sendiri. Kalau najis anda keras, kemudian meneran, memang buasir,” ulasnya menerusi video TikTok Dr1share.

Memetik laman Rootofscience, terdapat 10 penyebab berlakunya buasir iaitu sembelit, kehamilan, penuaan, cirit birit, duduk terlalu lama di tandas, angkat berat, diet (kurang serat dalam pemakanan), hubungan kelamin melalui dubur, obesiti dan genetik.

Seseorang yang mengalami buasir berdepan dengan masalah ketika membuang air besar dan simptomnya adalah seperti najis berdarah, benjolan pada dubur, sakit semasa dan selepas membuang air besar, serta gatal dan pedih pada dubur.

Amalan memakan sayur-sayuran dan buah-buahan dapat membantu melembutkan najis.

Bagi mengelakkan masalah buasir serta sembelit, Dr Muhamad Hazwan turut berkongsi empat tip agar bagi melembutkan najis.

1) Makan buah atau sayur
2) Minum air kosong secukupnya
3) Pengambilan probiotik
4) Tidak mengambil ubat atau suplemen sesuka hati

Nur Sajat Buat ‘Medical Review’, Ajar Jangan Meneran Elak Buasir… Doktor Ini Pun Mengulas [VIDEO]

ika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ketua polis trafik mengamuk dakwa petugas media sentuh punggung isteri

Nabil Terduduk Tiket Konsert Billie Eilish ‘Burn’ Hampir RM3,000 (Video)

MYDIN Sambut Ulang Tahun Ke-65 Dengan Promosi Serendah 65 Sen

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker