Tidak akan ada hujahan daripada kami, peguam Najib beritahu Tengku Maimun

Tidak akan ada hujahan daripada kami, peguam Najib beritahu Tengku Maimun

Peguam Najib Razak dalam kes SRC International memberitahu Mahkamah Persekutuan bahawa pihak pembelaan tidak akan menghantar sebarang hujahan, minggu depan.

Ketua pembelaan, Hisyam Teh memaklumkan kepada mahkamah berhubung perkara itu selepas pendakwa ad hoc V Sithambaram, selesai berhujah, hari ini.

Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat, yang mempengerusikan panel lima hakim berhubung rayuan akhir Najib, kemudian memberitahu pihak pembelaan mempunyai masa tiga hari sehingga Selasa untuk menyediakan sesuatu.

“Jangan beritahu kami anda tidak bersedia untuk menghantar sebarang hujahan bagi mana-mana 94 alasan (difailkan bekas peguam Najib)?” soalnya.

Hisyam kemudian sekali lagi mengulangi pendirian untuk tidak menghantar hujahan.

Tengku Maimun dalam responnya berkata, panel hakim akan “menguruskannya” apabila mahkamah kembali bersidang, Selasa depan.

Hakim lain bersidang turut membabitkan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abang Iskandar Abang Hashim dan hakim Mahkamah Persekutuan, Nallini Pathmanathan, Mary Lim dan Zabidin Mohamad Diah.

Pendirian Hisyam, hari ini, bertentangan dengan apa yang diberitahu mahkamah, semalam, apabila beliau berkata, pihak pembelaan akan memfailkan “hujahan baharu”.

Najib memohon untuk membatalkan sabitan salah guna kuasa, pengubahan wang haram dan pecah amanah jenayah (CBT) berhubung dana SRC berjumlah RM42 juta.

Pada 28 Jul 2020, bekas perdana menteri itu sabit bersalah di Mahkamah Tinggi. Sabitannya juga dikekalkan di Mahkamah Rayuan, pada 8 Dis tahun lalu, termasuk hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta. FMT

Tidak akan ada hujahan daripada kami, peguam Najib beritahu Tengku Maimun


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ketua polis trafik mengamuk dakwa petugas media sentuh punggung isteri

Nabil Terduduk Tiket Konsert Billie Eilish ‘Burn’ Hampir RM3,000 (Video)

MYDIN Sambut Ulang Tahun Ke-65 Dengan Promosi Serendah 65 Sen

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker